Pemimpin Barisan Nasional (BN) Negeri semalam menasihatkan Parti Tindakan Demokratik Negeri (DAP) agar melupakan hasrat untuk membawa jenama politik mereka ke kawasan luar bandar.
Isyaratnya amat jelas apabila hanya sebilangan orang menghadiri seminar tajaan DAP di Restoran Wei Thien Siburan di sini tengah hari Ahad lepas.
Seminar tersebut menyaksikan Pengerusi Majlis Konsultatif Dayak (DDC) Dr John Brian Anthony dan Pengerusi DAP Negeri Wong Ho Leng sebagai penceramah utama dan Setiausaha DAP Negeri Chong Chieng Jen sebagai penceramah tambahan.
Turut hadir memberikan sokongan moral ialah ahli DCC Edward Luak dan Ben Diomedes.
Disebabkan kehadiran hampir kosong, pihak DAP menukar seminar tersebut kepada sidang media yang dihadiri oleh enam pemberita kebanyakannya daripada akhbar Cina.
Turut difahamkan, John Brian tiba dari Kuala Lumpur berharap dapat menyampaikan ceramahnya di hadapan penonton yang hadir memenuhi ruang restoran tersebut.
Bahkan, Ho Leng yang juga Ahli Parlimen Sibu dan ADUN Bukit Asek terdesak untuk menjelaskan bahawa masyarakat di Siburan mempunyai komitmen sendiri sehingga tidak dapat hadir.
ADUN Bengoh merangkap Menteri Muda Kesihatan Dr Jerip Susil ketika diminta mengulas mengenai perkara ini berkata: “Mereka (DAP) cuba menembusi Bengoh tetapi masyarakat tidak tunduk kepada jenama politik mereka.”
No comments:
Post a Comment