WANITA Arab Saudi sejak sekian lama diwajibkan menutup muka dan seluruh tubuh ketika keluar di khalayak ramai.
Arab Saudi sekat wanita dedah mata memukauCadangan itu dibuat selepas seorang anggota jawatankuasa Amar Makruf Nahi Mungkar Arab Saudi terpikat dengan mata seorang wanita ketika berjalan di kaki lima dan mengakibatkan pergaduhan. - Laporan laman web berita Bikya Masr
Peraturan baru bagi elak pergaduhan
JEDDAH: Wanita yang mempunyai mata menarik mungkin dipaksa menutupnya dengan kain menerusi peraturan Arab Saudi yang baru.
Akhbar The Daily Mail melaporkan negara Islam konservatif itu berkata pihaknya mempunyai hak menyekat wanita daripada mendedahkan mata yang cantik dan memukau.
Jurucakap Jawatankuasa Amar Makruf Nahi Mungkar Arab Saudi, Sheikh Motlab al Nabet, berkata cadangan melaksanakan undang-undang itu akan dibentangkan secepat mungkin.
Wanita Arab Saudi sejak sekian lama memakai jubah hitam atau abaya yang menutup rambut serta badan dan di sesetengah wilayah menutup muka di khalayak ramai.
Jika mereka gagal berbuat demikian, mereka berdepan hukuman termasuk denda dan sebat.
Satu laporan dalam laman web berita Bikya Masr memberitahu cadangan itu dibuat selepas seorang anggota jawatankuasa terbabit terpikat dengan mata seorang wanita ketika berjalan di kaki lima dan mengakibatkan pergaduhan.
Wanita itu sedang berjalan dengan suaminya yang berakhir dengan beliau ditikam dua kali selepas berlaku perbalahan.
Jawatankuasa Amar Makruf Nahi Mungkar beberapa kali didakwa melanggar hak asasi manusia. Jawatankuasa yang ditubuhkan pada 1940, berfungsi memastikan undang-undang Islam tidak dicabuli di Arab Saudi.
Pada 2002, jawatankuasa itu enggan membenarkan sekumpulan pelajar keluar dari sekolah yang terbakar di Makkah kerana tidak memakai tutup kepala dengan betul. Keputusan itu dilaporkan mengakibatkan kematian 15 pelajar.
Mereka turut melarang wanita memandu dan tidak dibenarkan berjalan tanpa ditemani penjaga lelaki.
Pada September lalu, seorang wanita Arab Saudi dikenakan 10 sebatan kerana melanggar larangan memandu tetapi hukuman itu dibatalkan apabila Raja Arab Saudi, Raja Abdullah masuk campur.
Pada bulan sama, Raja mengumumkan wanita diberi hak mengundi dan bertanding untuk kali pertama pada pilihan raya majlis perbandaran 2015. – Agensi
A.S: Dilihat wanita dijadikan semacam haiwan peliharaan seperti di Arab Saudi maka ianya tak patut. Kenapa hanya wanita yang perlu didesak sebgini dan bukan mengambil langkah dengan mendidik kaum lelaki dari menjaga pandangan mata mereka dan alat sulit mereka?
Kerja tak boleh, berpolitik tak boleh, driving tak boleh, nak bersuara tak boleh, dalam pekerjaan pun kena diskriminasi, lepastu siap dibunuh ahli keluarga sendiri hanya kerana nak bercerai dengan suami tua yang dikahwinkan secara paksa.
Adakah Islam agama yang memaksa dan mengokong hingga ke tahap ini?
Pok Nik di Klate yang kununnya terlalu Islam pun tak sampai ke tahap ini. Adakah Pok Nik ingin juga menguatkuasakan peraturan seperti di Arab Saudi ni?
Tapi lobai-lobai jangan diuji! nafsu amarah mereka sukar dijangka dan lebih kuat berbanding dari orang biasa. Mungkin dugaan syaithon lebih kuat gamaknya.
2 comments:
Pak Arab ni kebanyakan tak berakal. Bersyahwat saja taunya. Nanti bila dah tutup semua apa pulak alasannya? Bernafsu pula membayangkan apa yg ada disebalik kelubung tubuh wanita itu?
Hanya kerana sorang yg tak dapat tahan nafsu tengok mata pompuan, mata! maka semua pompuan kena tutup mata. Sapa yg setuju dgn peraturan baru ni mmg bodoh lagi bangang. Lagipon kan wanita tu berjalan dengan suami dia. Agaknya malaun tu kaki seks kot, walaupon duduk dlm jawatankuasa amal makruf, tapi masih tak dapat mengawal nafsu hanya kerana nampak mata. Puak2 ni la yg buat dunia luar anggap Islam ni agama yg kolot dan menindas wanita. Islam kan suruh kita tundukkan pandangan kita, arahan ni termasuk utk lelaki jugak. Mangkuk hayun betul mamat tu.
Post a Comment