PAPARAN akaun Facebook milik Christian Eliab Ratnam iaitu anggota tentera Singapura yang mencemuh Islam beserta bendera Israel.
SINGAPURA 20 Nov. - Kementerian Pertahanan Singapura (MINDEF) memandang serius tindakan seorang anggota tentera yang mencemuh Islam dalam laman web sosial Facebook.
MINDEF berkata demikian dalam jawapannya kepada pertanyaan media mengenai laporan seorang anggota tentera kebangsaan (NSF) menyiarkan gambar ayat mengkritik Islam di dalam akaun Facebook miliknya.
"Kami memandang serius kelakuan anggota kami di khalayak umum," kata kementerian itu, lapor CNA hari ini.
Anggota itu dikenal pasti sebagai Christian Eliab Ratnam yang menyiarkan gambar teks berbunyi 'Islam bukan suatu agama tetapi doktrin politik autoritarian yang dikuatkuasakan secara paksa'.
Ratnam juga dilaporkan menyokong perjuangan Israel dan Yahudi, berdasarkan bendera dan simbol Tentera Pertahanan Israel pada akaun Facebooknya, selain menganggotai kumpulan penyokong rakyat Israel dan Yahudi di Singapura.
Tindakannya turut dikecam oleh rakyat Singapura dan akaun Facebooknya telah ditutup.
Dalam satu kenyataan hari ini, Pengarah Hal Ehwal Awam MINDEF, Kolonel Desmond Tan berkata, siasatan polis sedang dijalankan.
Menurutnya, MINDEF sedang membantu siasatan dan akan mengambil tindakan sewajarnya jika perlu. - AGENSI
A.S: Beginilah juga rupa sebenar kristian DAP dalam Malaysia ini yang selama ini hanya berpura-pura sahaja kononnya berbaik dengan orang Islam walhal dalam hati mereka penuh dengan sifat benci dan meluat yang teramat sangat pada Islam di Malaysia.
Kenapa? Tak percaya? Hangpa tunggu la masa dan ketikanya jika ia berlaku!
1 comment:
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi orang dalam. Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata kebencian mereka pada pertuturan mulutnya dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu memahaminya. Awaslah! Kamu ini adalah orang-orang, kamu sahajalah yang suka mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu.
pstt.Al Quran Petunjuk Bagi Insan² Yang Beriman..
Post a Comment