Pas Dan Berdusta.. Berpisah Tiada

Semenjak berpecahnya Sayap Agama UMNO dan membentuk sebuah entiti baru bergelar Persatuan Islam Se-Tanah Melayu yang kemudiannya bertukar nama menjadi Pan-Malayan Islamic Party sebelum bertukar lagi menjadi Parti Islam Se-Malaysia pada tahun 1951, terlalu banyak natijah dan kemelut yang melanda umat Melayu.

Pastinya ramai yang mengetahui bagaimana PAS dan UMNO boleh berpisah. Namun apabila para pemimpin PAS melabelkan UMNO sebagai anak didik penjajah, mereka sebenarnya sangat berdusta. Dusta pertama itu sehingga kini masih lagi digunapakai walhal apa yang berlaku sebenarnya, PAS juga adalah ‘anak didik’ penjajah yang dibenarkan wujud pada tahun 1951 dalam usaha untuk memastikan umat Melayu di Tanah Melayu tidak menemui jalan penyatuan.

Dengan kata lain, dendam British akibat kegagalan mereka menjadikan Malayan Union satu kenyataan, dipersembahkan dengan membenarkan wujudnya pelbagai entiti Melayu terutama sekali dalam bentuk entiti yang bersadurkan agama.

Melayu apabila bersatu, British terpaksa melupakan hasrat Malayan Union mereka. Melayu apabila berpecah, membenarkan jus soli dan perakyatan kaum imigran dalam tempoh sehari semalam sahaja.

Tentangan daripada sebahagian pemimpin Melayu terutama dari bekas Parti Kebangsaan Melayu Malaya terutama sekali Burhanuddin Helmi dan Dr. Zulkefli Ahmad terhadap rancangan British untuk memaksa sistem jus soli, menggusarkan British. British tahu sangat, jikalau dibiarkan, maka Melayu akan kembali bersatu dan rancangan tersebut, akan jadi sama seperti Malayan Union yang usianya tidak sampai setahun. Begitu juga dengan tentangan kemasukan Singapura ke dalam Tanah Melayu oleh tokoh-tokoh dari PKMM yang membarisi kepimpinan utama PAS, turut diambil kira oleh British.

Apa yang British lakukan ialah melaga-lagakan PAS dan UMNO. British berjaya mencapai matlamat dengan kerakyatan 1 juta jus soli. British berjaya dengan mengurangkan tentangan orang Melayu terhadap kedatangan imigran yang melimpah ruah ke negara ini. Dan British berjaya kerana para pemimpin Melayu yang begitu galak hendakkan kemerdekaan, tunduk akur dengan sebarang kehendak mereka.

Bagi memastikan kaum imigran yang telah diberikan kerakyatan oleh Persekutuan Tanah Melayu tidak mengikut British pulang ke negara mereka, para pemimpin Melayu disibuk-sibukkan dengan urusan politik dan perebutan kuasa. Akhirnya berlakulah seperti mana dalam Pilihanraya Umum Kedua pada 1959 apabila percanggahan pendapat antara PAS dan UMNO semakin meruncing.

British berjaya melepaskan diri. Kaum imigran kekal di Tanah Melayu menikmati pelbagai faedah dan keistimewaan yang tidak mereka perolehi di tanah leluhur.

Dalam usaha untuk mendapatkan sokongan yang tidak berbelah bahagi, kepimpinan PAS generasi kedua cuba menggunakan pendekatan agama yang lebih ketara. Namun tindakan tersebut telah membuka ruang yang lebih besar kepada para pemimpin PAS yang lain untuk menggunakan pendekatan ekstrim.

Maka terhasillah budaya pentakfiran yang meluas pada pertengahan 1960-an dengan Dewan Ulama Kelantan ‘menfatwakan’ bahawa kerjasama dengan orang kafir akan menyebabkan kekafiran. Ia merujuk kepada kerjasama antara UMNO-MCA-MIC dalam Perikatan yang mencapai kemenangan besar dalam setiap pilihanraya.

Tidak ada pemimpin PAS yang berkecuali dalam budaya yang sangat menjijikkan ini. Nik Abdul Aziz, Mursyidul Am yang menggantikan Yusof Rawa memperhebatkan budaya ini dan menjadi darah daging serta kemestian dalam setiap ceramah untuk mengkafirkan UMNO. Ditambah pula dengan Amanah Haji Hadi yang sangat popular pada awal 1980-an, pentakfiran atau kafir-mengkafir menjadi begitu berleluasa sehingga wujud solat dua imam, pengasingan tanah perkuburan, sembelihan tidak sah, perceraian suami dan isteri yang disebabkan perbezaan fahaman politik dan sebagainya.

Anehnya sekarang ini, PAS terutama sekali Nik Abdul Aziz cuba menafikan perbuatan tersebut dengan meminta bukti. Alasannya apa yang dikatakannya dan para pemimpin PAS lain sebutkan tentang ‘agama suku, politik suku’ bukan ada kena-mengena dengan UMNO.

Maka berbelit-belitlah lidah para pemimpin PAS dan tukang-tukang propaganda mereka untuk menidakkan perbuatan mereka itu. Sebaliknya mereka cuba meletakkan kesalahan itu kepada UMNO kononnya UMNO terlalu sensitif sehinggakan PAS yang tidak mengata UMNO pun dituduh memaksudkan kata-kata itu kepada UMNO.

Puncanya sangat mudah, apa yang diharamkan oleh Dewan Ulama PAS Kelantan pada 1963, sekarang ini sedang diamalkan secara meluas oleh PAS menerusi kerjasama dengan DAP. Oleh kerana tidak mahu dicop KAFIR oleh ahli-ahli PAS sendiri terutama ahli-ahli PAS lama, maka perlu diterbalikkan fatwa berkenaan dengan keadaan yang lebih halus dan harmoni. Dengan kata lain, akan mengurangkan rasa bersalah kerana pemimpin PAS sekarang ini telah menelan kahak yang mereka sendiri ludah.-Faisal RB

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...