Pawagam Pertama Di Shah Alam. Tahniah PAS!

Shah Alam yang diketahui tidak pernah diluluskan oleh PBT bagi lesen permohonan membina pawagam sebelum ini termasuk di bawah BN dulu, namun di bawah pakatan semuanya mungkin!

Tahniah warga Selangor!

Pawagam pertama di Shah Alam

MCAT Box Office Sdn Bhd atau MBO dengan pantas melebarkan sayapnya ke Shah Alam pula selepas pembukaan cawangan di pusat beli-belah Subang Parade September lalu.

Cawangan ke-14 ini yang bertempat di Space U8, pusat membeli belah mesra alam pertama di Malaysia merupakan pawagam pertama dibuka di Shah Alam dan ia terletak berdekatan Bukit Jelutong dan Taman TTDI Jaya.

Memiliki tujuh dewan tayangan termasuk tiga dewan dilengkapi sistem tiga dimensi (3D), MBO Space U8 mempunyai kapasiti tempat duduk sebanyak 1,466.

Dengan dekorasi menarik serta tempat duduk yang selesa, MBO Space U8 akan memberikan satu pengalaman berbeza buat penggemar filem.

3 comments:

Anonymous said...

Kira ok lah tu sebab Bkt Jelutung dan TTDI bukan terletak dalam bandaraya Shah Alam tapi pinggiran Shah Alam.Embargo pembinaan pusat/kegiatan hiburan hanyalah di dalam kawasan Bandaraya Shah Alam proper.Selalu selaLulah datang ke Shah Alam dan tentusahkan di mana letaknya Bandaraya Shah Alam serta DI mana Bkt Jelutong dan TTDI.

Anonymous said...

TAHNIAH DAN SYABAS!! DIUCAPKAN KEPADA KHALID SAMAD@GEREJA ATAS KEPRIHATINAN ANDA TERHADAP KEPERLUAN PENDUDUK ISLAM/MELAYU SHAH ALAM YANG SANGAT2 MEMERLUKAN PANGGUNG WAYANG MEGA BAGI MENGUBAT HATI YANG LARA GARA2 KES2 KUIL DAN GEREJA YANG TAK SELESAI2 LAGI!!!. ANDA MEMANG PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT DAN BERTINDAK ADIL SEADILNYA TERHADAP GOLONGAN TERTINDAS!!! PRU13 NNT SILA2 LAH TERIMA HABUAN DARI PENDUDUK SHAH ALAM... HARAP ANDA LENA TIDUR DIBUAI MIMPI INDAH YB KHALID SEINDAH TENGOK CERITA AVATAR!!!

Anonymous said...

kpd anno 11.45 mana saudara tahu avatar tu filem..mesti pi tengok wayang nih kalau dak takkan tau ada filem nama avatar.Lepas ni kita pakat pakat piket supaya semua saluran tv yg siarkan cerita /filem keluaran barat di hapuskan dan kita hanya perlu tengok berita serta drama cerita hantu malaysia kih kih kih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...