Bukti perjuangan Umno diterima Pas

Kesediaan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Hasan Ali secara terbuka menerima jemputan Perdana Menteri untuk membincangkan usaha menyatupadukan Pas dan Umno membuktikan perjuangan Umno diterima pimpinan parti itu.

Timbalan Pengerusi Per­hubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, jika perkara itu benar, ini menunjukkan perjuangan Umno tidak berubah untuk mempertahankan prinsip Islam sejak dahulu lagi jika dibandingkan dengan Pakatan Rakyat.

“Umno tidak terpisah daripada perjuangan untuk memartabatkan Islam kerana Umno adalah parti orang Melayu. Sepatutnya Pas yang perlu bimbang kerana bersedudu-kan dengan DAP,” katanya.

Noh berkata demikian ketika mengulas kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali yang menganggap dua pimpinan parti itu iaitu Hasan dan Nasharudin Mat Isa sudah terperangkap dalam agenda Umno untuk melemahkan Pas.

Terdahulu, merujuk Mustafa, kenyataan Hassan turut menggambarkan dia seolah-olah mempersoal perjuangan Pas selama ini dan terpengaruh dengan tudu-han Umno-BN bahawa Pas diperalat DAP.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...