Hassan Ali Sertai Perkasa?

Tidak lagi buat masa ini dan ianya tak mustahil berlaku.

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) secara terbuka mempelawa Exco Kerajaan Selangor Datuk Dr. Hasan Ali menyertai pertubuhan itu jika beliau benar-benar ingin meneruskan perjuangannya menegakkan agama Islam dan orang Melayu.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, sudah sampai masanya Hasan membuat keputusan menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) jika merasakan perjuangannya dalam Pas tidak mampu memenuhi hasrat dan cita-citanya itu.

"Beliau kini sudah dipinggirkan oleh Pas,” kata Ibrahim kepada pemberita ketika ditemui pada mesyuarat agung Majlis Tindakan Rakyat Kelantan di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...