Indeks Jenayah Di P.Pinang Menurun! Guan Eng Jangan Perasan!

Sebelum si Guan Eng lidah biawak yang suka berbangga dan suka mengambil kredit atas usaha orang lain tampil mendabik dada, baik A.S bagitau bahawa ini semua salah satu kejayaan NKRA kerajaan yang mana misinya mengurangkan indeks jenayah.

Syabas kepada kerajaan pusat terutama sekali kepada KDN yang begitu bersedia berkhidmat untuk rakyat dan hari ni kita dapat lihat hasilnya dengan penurunan indeks jenayah tersebut.

Teruskan kerajaan usaha baik dan niat murni anda untuk mengurangkan kadar jenayah. Biarpun sejumlah perbelanjaan terpaksa dikleuarkan, ianya berbaloi!

Jangan jadi macam rejim DAP P.Pinang, baru buat 1-2 benda yang tak nampak hasilnya pun, riuh rendah serata alam kononnya mereka lah yang terbaik padahal retorik dan lakonan semata-mata.


Indeks jenayah Pulau Pinang berjaya mencatatkan penurunan sebanyak 20.1 peratus dalam tempoh Januari hingga November tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lepas, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri SAC Zahruddin Abdullah.

Beliau berkata, penurunan kadar jenayah itu melepasi sasaran Indeks Prestasi Utama (KPI) yang menetapkan penurunan 20 peratus.

"Jumlah kes-kes jenayah yang dilaporkan sehingga November tahun ini ialah 9,011 kes berbanding 11,281 kes pada tahun lepas,” katanya kepada pemberita di sini hari.

Beliau berkata, penurunan yang ketara berlaku pada jenayah ragut melibatkan 1,088 kes tahun ini berbanding 1,793 kes pada tahun lalu. Manakala jenayah pecah rumah mencatatkan penurunan sebanyak 445 kes berbanding 1,996 kes dilaporkan tahun lepas.

Bagaimanapun, menurut Zahruddin, kes samun motosikal mencatatkan peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding tahun lepas.
"Tetapi kawalan sentiasa diperkemaskan dari semasa ke semasa. Pemilik motosikal perlu lebih berhati-hati kerana pencuri motosikal kini menaik taraf peralatan yang digunakan untuk memudahkan kerja-kerja merompak,” katanya.

Antara kawasan yang menerima laporan kehilangan motosikal paling kerap adalah di Seberang Perai Timur dan Daerah Timur Laut. — Bernama

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...