Tahniah A.S ucapkan kepada kerajaan Malaysia yang bijaksana dengan memberikan kapal selam ini kepada negeri Melaka, bandaraya bersejarah untuk dijadikan tapak pameran kapal selam ini. Banyak manfaatnya terutama dari nilai sejarah dan juga ilmu kepada orang Malaysia berkenaan tentang teknologi pengoperasian kapal selam.
Kapal selam ini diletakkan untuk tontonan selama 10hari sahaja kepada umum sebelum kerja pembaikan badan dan dalaman dilakukan sebelum benar-benar dibuka kepada orang ramai. Lokasinya di Pantai Klebang, Melaka.
Diharap puak pakatan jangan pula mempolitikkan isu ini kerana itu akan menunjukkan anda tidak bijak.
Apa yang A.S tau, pakej kontrak membeli ini adalah termasuk dalam pembelian 2 kapal selam baru, 1 kapal selam terpakai dan latihan utk krew.
Kapal selam terpakai digunakan untuk training krew TLDM di France. Asalnya tiada cadangan untuk membawa balik dan gunakan kapal selam terpakai sebab kos maintenance tinggi dan submarine base di Kota Kinabalu tak sediakan support utk kapal selam jenis ni.
Tapi kabinet kemudiannya memutuskan untuk membawa balik kapal selam terpakai ni dan diletakkan di muzium disebabkan ada nilai sejarah dan juga boleh dijadikan produk pelancongan.
Untuk makluman hangpa, dah banyak negara menjadikan kapal selam sebagai satu muzium serta produk pelancongan. Tak percaya sila ke wikipediasubmarinemuseums
2 comments:
bazir billions untuk muzium yang sepatutnya untuk pertahanan, bravo?
membazir aper nyerr.. kalo gunerkn kpl ni lg membazir. maintenance nk kener slalu tukar. dh lh ni kpl 2nd.. tua plak tu..baiklh gunakn utk pameran. boleh tingktkn pelancongn.. lg untung..untung tu boleh buat beli aset pertahanan yg lain.. :D
Post a Comment