Showing posts with label melaka. Show all posts
Showing posts with label melaka. Show all posts

Gambar-Gambar Muzium Kapal Selam Di Melaka. Bravo Melaka!


Tahniah A.S ucapkan kepada kerajaan Malaysia yang bijaksana dengan memberikan kapal selam ini kepada negeri Melaka, bandaraya bersejarah untuk dijadikan tapak pameran kapal selam ini. Banyak manfaatnya terutama dari nilai sejarah dan juga ilmu kepada orang Malaysia berkenaan tentang teknologi pengoperasian kapal selam.

Kapal selam ini diletakkan untuk tontonan selama 10hari sahaja kepada umum sebelum kerja pembaikan badan dan dalaman dilakukan sebelum benar-benar dibuka kepada orang ramai. Lokasinya di Pantai Klebang, Melaka.

Diharap puak pakatan jangan pula mempolitikkan isu ini kerana itu akan menunjukkan anda tidak bijak.
Apa yang A.S tau, pakej kontrak membeli ini adalah termasuk dalam pembelian 2 kapal selam baru, 1 kapal selam terpakai dan latihan utk krew.

Kapal selam terpakai digunakan untuk training krew TLDM di France. Asalnya tiada cadangan untuk membawa balik dan gunakan kapal selam terpakai sebab kos maintenance tinggi dan submarine base di Kota Kinabalu tak sediakan support utk kapal selam jenis ni.

Tapi kabinet kemudiannya memutuskan untuk membawa balik kapal selam terpakai ni dan diletakkan di muzium disebabkan ada nilai sejarah dan juga boleh dijadikan produk pelancongan.
















































Untuk makluman hangpa, dah banyak negara menjadikan kapal selam sebagai satu muzium serta produk pelancongan. Tak percaya sila ke wikipediasubmarinemuseums

Ali Rustam timbulkan deklarasi peperangan dengan Gerakan !

Kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menempatkan calon UMNO atau MCA di kawasan tunggal Parti Gerakan di Bacang, Melaka untuk meraih kemenangan umpama membangkitkan satu peperangan kepada parti itu.

Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn berkata, Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu seharusnya menjaga perpaduan parti-parti komponen terutama ketika menghadapi pilihan raya akan datang.

“Cara beliau (Mohd Ali) bangkitkan isu ini akan menimbulkan deklarasi peperangan dengan Gerakan.

“Sebagai Pengerusi BN, beliau bertanggungjawab menyatukan parti-parti komponen serta memajukan kawasan masing-masing dan bukan menjejaskan perpaduan BN,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan cek peruntukan kepada Sekolah Menengah Yuk Choy, Persatuan Wai Chow dan Pertubuhan Kebajikan Tabung Pemindahan Sum-sum Tulang Ipoh bernilai RM4,000 di pejabatnya di sini, semalam.

Menurutnya, niat mengambil alih kerusi kawasan itu akan membawa kesan negatif BN Melaka.

“Dalam masa tiga tahun, apa yang dibuat di kawasan Bacang? Banyak perkara dirujuk kepada beliau namun, 99 peratus tidak mendapat jawapan.

“Lebih baik isu yang berbangkit di bawa dalam satu mesyuarat dan bukan di dalam akhbar untuk deklarasi. Sikap ini akan menjadi satu perpecahan dalam BN,” jelasnya.

Sementara itu, Ko Youn berkata, Gerakan juga berusaha untuk menambah keyakinan rakyat di Pulau Pinang dengan menumpukan pelbagai program sekali gus memenangi kerusi yang telah kalah.

“Pengambilalihan UMNO di Pulau Pinang tidak seharusnya dibangkitkan sebaliknya biar diputuskan pada pilihan raya akan datang.

“Usaha Gerakan penting bagi memulihkan imej BN terutama di kalangan pengundi cina. BN bersatu dalam mengadakan program bagi menarik sokongan di Pulau Pinang,” jelasnya.SH

Syabas Tok Ali.. KM/MB Pertama Kayuh Gerek


Insyaallah mulai 1hb julai 2011 hari jumaat DS Ali Rustam (KM Melaka) bersama barisan yb exco negeri melaka serta ketua jabatan di seri negeri melaka akan mengayuh basikal dari rumah (seri bendahara) ke pejabat seri negeri, tujuan untuk menggalakan kakitangan kerajaan dan rakyat berbasikal ke tempat kerja.

Mulai dari 7hb julai akan diperkenalkan ke seluruh dewan undangan negeri (DUN)melaka . laluan basikal juga akan mula dibina di seluruh negeri melaka, bermula dari kg tun razak ke seri negeri sepanjang 5km. Melaka Go Green" Melaka Bandar Teknologi Hijau.

Usaha yang baik melaka! Jangan hangat taik ayam sudah!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...