Ish.. Lemahnya Kerajaan Kelantan Uruskan Wang Ni! Naya Rakyat Klate!

A.S nak kata kat Pok Nik, Kerajaan Pusat dah bagi RM19 juta untuk bantu rakyat Kelantan miliki rumah kos rendah, kenapa benda macam ni pun hang gagal buat?

Yang hang tau salahkan kerajaan Pusat, salah sendiri tak pernah nak cermin muka.
Kalau tak reti perintah, bagi kat orang yang reti.

Tu pun jangan, PRU13 ada hati nak bertanding lagi!
Tak mampu, buat la cara tak mampu, tak payah nak menggagah!
Pembangunan Rancangan Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) di Kelantan yang menerima peruntukan sejumlah RM19 juta dibawah RMKe-9 didapati mengalami kelemahan pengurusan.

Melalui peruntukan RM19 juta itu kerajaan Negeri merancang membina tujuh projek RAKR melibatkan 838 unit rumah.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 dengan pengauditan dijalankan September hingga Disember, menyatakan pengurusan RAKR tidak memuaskan dan mengalami kelemahan, walaupun sejumlah RM8.33 juta dibelanjakan sehingga akhir tahun lalu.

Pengauditan ditumpukan kepada tiga lokasi iaitu Bandar Jeli, Gaal di Pasir Puteh dan Gunong di Bachol.

Antara kelemahan tersebut:

* Dalam tempoh RMKe-9 tiada langsung projek RAKR dibina sebagaimana yang dirancang.

* Pembinaan projek sambungan RMKe-8 secara usaha sama melibatkan dua blok pangsapuri yang mempunyai 160 RAKR tidak dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

* Sebanyak 56 daripada 100 unit rumah yang dibina di RAKR Gaal, Pasir Puteh belum dapat dijual walaupun projek tersebut siap tahun 2007.

* Sehingga akhir tahun 2010, tunggakan ansuran sewa beli dan sewa rumah berjumlah RM9.40 juta.

* Seramai 56 pembeli belum menjelaskan bayaran pembelian rumah secara terus berjumlah RM2.45 juta walaupun rumah tersebut diduduki/diserah kunci melebihi setahun.

Laporan itu turut menyatakan sepanjang tempoh perlaksanaan RAKR Kelantan (1976-2010) sebanyak 4,768 unit rumah dibina oleh kerajaan Negeri.

Daripada jumlah itu sebanyak 3,746 unit dibina untuk jualan secara sewa beli, 778 unit untuk jualan terus manakala 244 unit lagi untuk disewa.

Selain itu sebanyak 160 unit lagi sedang dalam pembinaan secara usaha sama antara kerajaan Negeri dengan pihak swasta.

Projek ini dibangunkan di Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu yang merupakan projek sambungan RMKe-8.

Audit turut memberi pandangan bahawa kelemahan perancangan menyebabkan pelaksanaan projek RAKR di Kelantan tidak dapat dilaksanakan.

Kegagalan Kerajaan Negeri membina rumah sebagaimana yang dirancang menyebabkan rakyat memerlukan rumah kos rendah tidak dapat memilikinya terutama bagi 1,913 pemohon yang berdaftar dalam SPT sehingga akhir tahun 2010.-FMT

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...