pic hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang penyanyi rock terkenal tanah air sekali lagi mencetuskan kontroversi selepas terbabit dalam satu pergaduhan ketika dia berkunjung ke sebuah pusat hiburan di Langkawi, tiga minggu lalu.Sumber berkata, difahamkan, penyanyi berkenaan pergi ke pulau pelancongan itu bersama dua rakannya kerana menghadiri satu mesyuarat, selain turut berkunjung ke sebuah pusat hiburan di situ.
“Ketika di pusat hiburan itu, penyanyi berkenaan didapati berperang mulut dengan seorang lelaki disebabkan berselisih faham selain mereka saling mencabar antara satu sama lain,” katanya.
Menurut sumber itu, selang beberapa minit kemudian berlaku satu pergaduhan besar di antara mereka apabila penyanyi terbabit menumbuk muka lelaki terbabit yang turut disertai dua rakannya.
Sumber memberitahu, selepas dibelasah, lelaki itu mengadu kepada abangnya sebelum abangnya bertindak mencari penyanyi berkenaan.-hmetro-
No comments:
Post a Comment