azmin si tanggang tak pedulikan ibunya langsung

Umi Hafilda Ali menyeru abangnya Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya kembali ke pangkuan keluarga yang beliau tinggalkan semata-mata untuk berjuang dan menjaga kepentingan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Umi Hafilda berkata dia kesal dengan Azmin yang telah “disesatkan” oleh Anwar sehingga sanggup membuang keluarga dan tidak pulang berhari raya menjenguk ibu sendiri.

"Mana moral anda (Azmin) hingga sanggup meninggalkan ibu sendiri dan adik-beradik kerana Anwar yang tidak bermoral. "Tak usahlah bercakap tentang keadilan kalau dengan ibu sendiri tidak berlaku adil meninggalkannya selama lima bulan tanpa diziarahi," kata Umi Hafilda kepada pemberita selepas menyampaikan Ceramah Perdana bertajuk “Siapakah Anwar Ibrahim di Dataran Jerteh Souq yang dihadiri lebih 2,000 orang di sini malam tadi.

Ceramah anjuran UMNO Bahagian Besut itu turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian, Datuk Seri Idris Jusoh dan semua pemimpin UMNO Bahagian termasuk pemuda, wanita dan puteri.Umi Hafilda berkata ibunya telah menghubungi Azmin berpuluh kali selama ini tetapi abangnya serta keluarga diam membisu dan tidak melayani rayuan ibu mereka.

Sehubungan itu, Umi Hafilda sanggup mengadakan 'roadshow' di seluruh negara bagi menyelamatkan abangnya itu daripada Anwar dan menegaskan dia tidak akan berhenti berbuat demikian selagi Azmin tidak meninggalkan PKR. Beliau menyeru PAS dan mahasiswa supaya mengkaji semula sokongan mereka terhadap perjuangan Anwar kerana apa yang dilakukannya jelas akan menghancurkan bangsa, agama dan negara.

2 comments:

Anonymous said...

bodoh punya umi apitda.. lu yang kena buang ngn family lu.. bole pulak lu kencing org umno lu ckp azmin si tanngang.. lu jgn jadi punca umno kalah election nnt.. lu boleh blah.. hidup UMNO!!! (jilat pepet lu pun sodap ni) hahaha..

Anonymous said...

anon 354,

ni la umat nik ajis yg asyik nak jilat jer...

pi la jilat jubur anwar,hadi,nik ajis,lks,lge dan bangsat yg seangkatan...

pejuang hamas...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...