Update! Reaksi Hassan Ali Setelah Dipecat! (Video)

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohd Ali tenang ketika menerima berita pemecatan beliau dari parti itu petang ini.

Pegawainya memberitahu bahawa bagaimanapun beliau masih belum menerima surat rasmi mengenai keputusan pemecatan berkenaan.
Ketika ditanya reaksi Exco Kerajaan Negeri selangor itu sebaik mengetahui beliau dipecat, pegawai berkenaan berkata, "semuanya OK."
"Datuk OK, dia tenang saja bila dapat tahu dia dipecat dari keahlian Pas. Datuk akan adakan sidang media khas mengenai pemecatan beliau dalam sehari dua ini," kata pegawai berkenaan.

Pegawai berkenaan yang tidak mahu namanya didedahkan berkata, Hasan, 65, mengetahui mengenai pemecatan beliau pada mulanya melalui panggilan telefon daripada rakan-rakan terdekat, laporan berita portal dan juga beberapa laman blog.

Hasan, Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Gombak Setia, yang pernah menjadi Pesuruhjaya Pas Selangor selama tiga penggal dipecat sebagai ahli Pas serta-merta hari ini.-SH

------------------------------------------------------------------------------------------------


Hadi Awang terpaksa akur kepada arahan PKR dan DAP untuk memecat Hassan Ali, seorang pejuang agama yang tulen dan tidak hipokrit.
Murahnya maruah PAS sekarang ini.

PAS juga akan kehilangan seorang yang bijak dan melihat secara jujur serta memberi pendapat yang tidak memihak kepada sesiapa melainkan kebenaran dengan rasional sekali walaupun menegur parti sendiri jika ia perlu kepada teguran demi menjaga integriti parti itu sendiri supaya berjalan diatas landasan yang betul.

Cerita ini tidak jauh bezanya dengan kisah Hang Nadim yang di hukum bunuh oleh raja keran mencadangkan supaya batang pisang digunakan untuk menghadapi serangan todak di Singapora yang mana sebelum itu, betis kaki di gunakan. Jika tegruan beliau pedih dan pahit namun kebenaran dan ketulusan memberi pandangan amat dihargai sekali. Sayang sekali Hassan Ali menjadi korban kerana bercakap benar.

15 comments:

Anonymous said...

teruskan perjuangan mu dr hasan ali...suaramu suara orang atas pagar macam kami...

tak ada makna kalau perjuangan tanpa asas kukuh.

BN mempergunakan perlembagaan utk kepentingan mereka.mengunakan kuasa mereka utk mendapat kekayaan.LEBIH DASYAT lg Pas pertaruhkan landasan perjuangan dgn menghakis hak hak kami sbg pribumi.

wahai Pas pusat.Jgn ingat kami pengundi xada kuasa menjatuh kan kamu.kami masih belum lg nampak jelas pengkhianat-pengkhianat ini lagi selagi pencalonan kerusi parlimen masih belum di beritahu lagi...

kami akan protest undi di peti undi parlimen.bersiap sedialah untuk hadapi kemusnahan atas pengkhianatan kamu pas pusat!!!!

BINAHIAS.COM.MY said...

(BN mempergunakan perlembagaan utk kepentingan mereka.mengunakan kuasa mereka utk mendapat kekayaan.)Statement mcm apa ini. Apakah pemimpin mana2 kerajaan patut dibiarkan miskin berpakaian cumpang camping,koyak rabak meminta sedekah kesana kemari...?????????? Apakah menjadi pemimpin kerajaan mesti duduk pondok buruk dan berbau hamis mandi air kotor...???? jangan bias dlm berpikir,dan jangan prajudis melampau. Tengok pemimpin anda sanjung itu,gaji sedikit tapi bermewah2.
Pada Dr Hasan, perjuangan anda sama mcm perjuangan UMNO. Dicaci maki kerana berjuang atas landasan benar. Mari lah Dato' berjuang bersama UMNO. Jgn tgk nama (UMNO) tapi tgk landasan perjuangan mereka

Anonymous said...

PAS semakin bagus dan mampu tendang UMNO dalam longkang

Anonymous said...

Alhamdulillah. Akhirnya pemimpin elit yang tidak memahami erti kesusuhan dalam perjuangan dibersihkan dari PAS. Bandingkan banglo hasan Ali dan rumah kayu lama Tuan guru haji Hadi dan rumah lama Tuan guru nik Aziz serta rumah teres 2 tingkat milik Mat sabu. Hasan Ali pemimpin Pas yang hidup mewah memang tidak layak menjadi pemimpin PAs. beliau hanya layak duduk sebaris dengan Najib muhyiddin Hishamudin Tengku adnan Khairi jamaluddin dain lain lain pemimpin UMNO yang hidup mewah di atas wang rakyat. Nyah kau Hasan Ali. Pergi lah kau bersama kekayaan UMNO.

Anonymous said...

Hasan Ali hidup senang macam orang UMNO. Gaya hidupnya tak macam orang PAS. Dia memang tak sanggup hidup susah.

Anonymous said...

Orang bawahan PAs dah lama tak puas hati dengan karenah bermewah mewah Hasan Ali. Dia memang tak sesuai lansung memimpin sebuah gerakan Islam. Eloklah masuk UMNO. Buat summer camp lagi cepat kaya Hasan oii.

Anonymous said...

dato'!
Kalau dato' nk main politik lagi, jgn sertai mana2 parti sedia ada.
Tubuh parti lain je.
Kalau dato' nk sertai NGO, jgn sertai geng2 kapak perkasa. Wujudkan NGO baru bersama sahabat ulama' dato'.
Sy menyokong dan doakan kejayaan dato'. Semoga Allah memelihara dato' dgn rahmatnya. Insyaallah.

Anonymous said...

dato'!
Kalau dato' nk main politik lagi, jgn sertai mana2 parti sedia ada.
Tubuh parti lain je.
Kalau dato' nk sertai NGO, jgn sertai geng2 kapak perkasa. Wujudkan NGO baru bersama sahabat ulama' dato'.
Sy menyokong dan doakan kejayaan dato'. Semoga Allah memelihara dato' dgn rahmatnya. Insyaallah.

Anonymous said...

walau pon datuk di caci di hina ,datuk jangan sekali undur, berjuanglah kerana datuk berada di pihak yang benar.bongkar segala kejahatan yang wujud.tegakkan kebenaran berlandaskan Quran dan Hadis. jangan guna kan Quran dan hadis demi kepentingan peribadi dan habuan dunia yang sedikit ini.biarkan mereka. Allah bersama pihak yang benar.

Anonymous said...

Buat PAS bangang. Bila dah tak suka mcm2 la sebab yg dicari nak menghalalkan cara. kaya la, bla,bla...DS Anwar Ibrahim pun, dulu apa yg Abang Mat Sabun tak basuh muka tu tak hina. Mcm2 gelaran dia bagi. Sekarang dah jadi sahabat bersama membalun bini orang. Munafik la lu PAS.

Anonymous said...

dr hasan ali menjadi liabiti kepada mb selangor kerana tindakannya yang menyebabkan mb selangor itu terpaksa tunduk sujud kepada pimpinan dap. dr hasan ali menjadi liabiti kepada dap kerana banyak menyusahkah kerja dap dalam usaha memurtadkan umat islam dan perniagaan arak dan maksiat milik dap. dr hasan ali menjadi liabiti kepada pkr kerana menghalang usaha mengkeldaikan rakyat demi maruah anwar berahi. makanya liabiliti demi liabiliti akan menyusahkan parti yang memerlukan kerjasama dan undi untuk kejayaan dan survival dan mengejar cita-cita ke putrajaya. dr hasan ali dipecat olih pas kerana perkara-perkara tersebut, biar apa pun alasan yang diberikan olih pas, tetapi itulah natijah sebenarnya kenapa dr hasan ali dipecat.

Anonymous said...

sorang 'pemimpin' turun, sorang lagi naik? Sapa yg turun, sapa yg naik??

hehehe insya'Allah rakyat Selangor di belakng Dr Hassan Ali (bakal MB).

Anonymous said...

wuhuuu... baiah kesetiaan PAS batal.tak perlu lompat parti. Dato Hassan Ali, MB Selangor 2012! Ya Allah, amiiiinnn...

Anonymous said...

nk kaitkan bglo dr hasan ngn pemimpin pas yg lain tu kenapa? dr hasan hidup mewah dgn ilmu yg dia miliki,bkn mencuri hak org lain...kolot betol pemikiran klu nak pemimpin islam tu hidup dlm rumah kayu je klu dia berkemampuan dgn jln halal....aku sokong dr hasan sb berani bercakap benar..pas mmg xsama mcm dulu...dulu ckp umno kafir sb berpakat dgn mic dan mca...tp pas skrg berpakat dgn dap dan pkr yg smemangnya terang2 menolak islam...nauzubillah, patut la dr hasan pernah ckp dlm ceramah aritu, klu pakatan menang dia mmg tumpang gembira tp dlm hati menangis bila kenangkan islam,melayu dan kedaulatan raja nanti...fikir2kanlah...

Anonymous said...

Sebelum menyertai PAS Hassan Ali sudahpun tinggal di banglo Taman Tun Dr Ismail...kenapa masa itu orang PAS tak katapun?

Kenapa si Al-Juburi yang memiliki banyak rumah termasuk banglo di Bukit Damansara dan kondominium Trivoli Villa di Bukit Bandaraya taknak cerita?

Yennadey!!!!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...