Aduhai Selangor. Ayam Bersepah, Siap Ada Gambaq Blue Lagi!

pic hiasan

Selangor sebenarnya negeri yang bagus dan sebarang pusat maksiat yang tumbuh semasa di bawah BN dahulu boleh dikatakan segera diambil tindakan keras oleh PBT.

Tapi inilah realitnya bila dibawah pakatan haram.
Mana pi pihak berkuasa tempatan (PBT) di bawah Selangor?
Yang duk pulun buat kerja bendung aktiviti maksiat ni ialah D7 (Polis) Adakah ada tangan / suara ghaib yang halang dari penguatkuasa PBT ambil tindakan terhadap tempat macam ni?  

Penang jangan duk kata la, lagi syurrr di bawah DAP.... 

***********
 

Seramai lapan tukang urut warga Thailand dicekup dalam dua operasi berasingan, selepas dikesan menawarkan bukan sahaja perkhidmatan seks kepada pelanggan, malah turut menyediakan tayangan video lucah sebagai tarikan untuk memastikan premis kekal laris.

Dalam serbuan pertama, polis menyerbu sebuah pusat rawatan kesihatan terletak di tingkat dua Plaza Perdana, Taman Sepakat Indah, kira-kira jam 9.30 malam, kelmarin dan menahan empat wanita warga Thailand bekerja sebagai tukang urut di premis terbabit. Siasatan menunjukkan empat wanita berusia 32 hingga 45 tahun itu menawarkan urutan serta khidmat seks dengan menyajikan tayangan­ video lucah dipercayai untuk merangsang pelanggannya.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, pemeriksaan ke atas premis menemui kondom dan pelbagai jenis cakera padat digital (DVD) lucah dipercayai sebagai bahan tontonan untuk pelanggan. “Dalam serbuan sama, kita tahan seorang lelaki tempatan yang merupakan penjaga premis serta dua pelanggan berusia 30-an.

Pemeriksaan lanjut mendapati wanita asing itu menjalankan kegiatan haram terbabit sejak sebulan lalu dan mengenakan bayaran RM150 sehingga RM200 kepada pelanggan yang ingin mendapatkan khidmat seks,” katanya. Beliau berkata, premis dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) itu, tidak mempunyai lesen sah untuk beroperasi, manakala siasatan terhadap empat wanita terbabit mendapati mereka menyalahgunakan pas lawatan sosial.-HM

1 comment:

praha2 said...

pbt sekarang ni dibawah dapigs ronnie gangster. apo lagi dio balun lah. kalo kopalo dah balun anak buah apo lagi ikut samolah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...