Karpal 'Menganjing' PAS Lagi!



Dalam polemik ini, aku setuju 100% bahawa umat Islam adalah dharamkan menyambut hari kekasih. 


Namun. sekali lagi dan acap kali DAP menunjuk kekuasaannya dalam Pakatan dan sekali lagi dan untuk kesekian kalinya lagi pas nampaknya akan tunduk mengalah..DAP nampak tidak hiraukan langsung perasaan parti PAS dan terus dilihat menekan parti PAS yang kononnya nak perjuangkan Islam. 


Sampai bila kita nak lihat PAS terus dihina dan ditindas? Lebih baik PAS bergerak sendiri dari terus bersekonkol dengan rakan dalam selimut yang menikam dari belakang!


*************


 Firman Allah, Maka barangsiapa mengikuti petunjukKu maka ia tak akan sesat dan celaka. Dan barangsiapa berpaling tadah, tidak ingat kepadaKu maka baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan membangkitnya di Hari Kiamat dalam keadaan buta." (Ta Ha : 123) 

************

GEORGETOWN - “DAP tidak bersetuju pendirian Pas menentang sambutan Hari Kekasih, Selasa ini,” kata, Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh. Menurutnya, pendirian Pas tidak boleh dipertahankan kerana sambutan Hari Kekasih diterima umum, dan disambut hampir di semua negara.

 “DAP berpendapat pendirian Pas menentang sambutan Hari Kekasih, bukan satu langkah yang baik. “Tindakan Pas adalah sangat bertentangan dengan hak asasi manusia dan prinsip kebebasan. Malaysia adalah negara mengamalkan prinsip demokrasi,” katanya, di Air Itam, di sini, semalam.

 Karpal berkata, DAP kecewa dengan tindakan Pas, satu parti komponen Pakatan Rakyat (PR) yang menentang sambutan Hari Kekasih setiap tahun. “DAP menggesa Pas menarik balik pendirian berkenaan sebelum 14 Februari ini,” katanya.

 Kelmarin, Dewan Pemuda Pas menghantar memorandum bantahan promosi Hari kepada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim. Memorandum itu diserahkan Setiausaha Pemuda Pas, Khairul Faizi Ahmad Kamil kepada Setiausaha Akhbar Menteri, Norazli Noh yang mewakili Rais, di Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur.

 Khairul Faizi berkata, Dewan Pemuda Pas meminta Rais mengambil tindakan memantau dan bertindak sekiranya wujud kempen promosi Hari Kekasih menerusi pengiklanan di televisyen, radio dan akhbar sepanjang bulan ini.

 Pada 7 Februari lalu, Pemuda Pas menggesa Kerajaan melancarkan kempen menentang sambutan Hari Kekasih atas alasan ia mempromosikan aktiviti tidak moral. Timbalan Ketuanya, Nik Abduh Nik Aziz berkata, kerajaan perlu menyiarkan iklan anti sambutan itu untuk mencegah umat Islam menyambutnya pada 14 Februari ini.

1 comment:

Anonymous said...

DAP=DOG AND PIG
PAS=PARTI ANJING SEMALAYSIA.
tak ada beza..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...