Panas! Adakah Ini Tanda-Tanda DAP Memperlekehkan Institusi Diraja?


Pihak kerajaan negeri Pulau Pinang dibawah DAP nampaknya mula menunjuk belang mereka merendahkan standard institusi diraja!

Tindak tanduk mereka dalam isu ini  dilihat tampak memperkecilkan peranan Tuan Yang Terutama Negeri Pulau Pinang yang juga wakil kepada Yang Dipertuan Agong di Pulau Pinang.

Wang kerajaan negeri yang digembar-gemburkan banyak sangat tu kemanakah perginya sehinggakan terpaksa mengemis dari NGO-NGO untuk memenuhi  tabung TYT sedangkan NGO seharusnya dibantu bukannya kerajaan negeri yang meminta dari NGO!

Baca kupasan lanjut di Badarkhubro.

Cuba lihat contohnya kejadian bencana alam iaitu ribut telah melanda Kampung Padang Lalang dan Tasek di Nibong Tebal semalam.

Pada petang tadi, Ketua UMNO Bahagian Nibong Tebal, Dato Zainal Abidin Osman sendiri yang mengeluarkan sumbangan bagi membantu meringankan beban 96 orang mangsa yang kebanyakan rumah-rumah mereka telah mengalami kerosakan!

Dimana muka YB Pakatan?
Dimanakah muka wakil kerajaan negeri dalam menghulurkan sumbangan untuk meringankan beban mangsa kejadian ribut?
Balik-balik, pemimpin UMNO/BN juga yang turun padang membantu rakyat!



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...