Milik Siapakah Cek Ini?

Inilah cek replika bernilai RM500 juta yang Guan Eng 'berikan' kepada PDC semasa majlis menandatangani dengan pemaju projek Bayan Mutiara.  

Ada duit ke dalam akaun tu?

Berdasarkan terma-terma kontrak, PDC hanya dijadualkan untuk menerima RM500 juta dua tahun selepas menandatangani perjanjian jual beli. Lebih pembohong lagi, pembayaran pertama sebanyak RM109 juta sehingga saat ini masih belum dibayar walaupun telah diberi penangguhan sebanyak dua kali melibatkan masa selama enam bulan!

Aku nak tanya, boleh tak kerajaan negeri dapat jelaskan dari mana cek RM500 juta itu datang?
Benarkah wang ini ada dalam akaun ataupun ia hanya penipuan terancang dari kerajaan negeri untuk mengabui mata rakyat Penang yang selama ini tak merasa pun projek rumah kos rendah untuk mereka?

Dan untuk makluman semua, projek perumahan untuk rakyat kononnya baru saja pecah tanah di Batu kawan. Tak buat apa pun lagi. Lebih malang lagi, kos rendah yang dimaksudkan harga rumah bermula dari RM72,000 (flat) sehinggalah ke RM 220,000.

Tiada lagi rumah kos rendah yang bertanah 'landed' yang bernilai RM42,000 untuk rakyat Pulau Pinang berpeluang memilikinya walaupun ada wang rakyat duit jualan tanah yang bernilai berbilion-bilion itu bagi digunakan membantu rakyat.

Malang sekali orang Penang di bawah Guan Eng..
pembohongan dilakukan menerusi akhbar bahasa cina
Entry sebelum ini di SINI

1 comment:

mpangop said...

jgn stress sgt pasal politik... layan blog nie dulu....
jumpa disanaaaaa......

http://stresssik.blogspot.com/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...