Pembatalan konsert penyanyi Amerika Syarikat, Erykah Badu pada minggu lalu rupa-rupanya masih lagi belum reda. Terbatalnya konsert Erykah yang dikatakan banyak mengundang kontroversi dan menyentuh sensitiviti agama Islam dan nilai-nilai budaya Malaysia selepas tersebarnya gambar Erykah yang bertatukan kalimah Allah menerima maklum balas meluas dari ramai pihak.
Malah, terdapat juga segelintir artis-artis tempatan yang berang apabila pembatalan konsert Erykah itu tidak disisiat dengan terperinci dan dikatakan tindakan dengan berpandukan gambar Erykah itu tidak berasas. Terbaru, aktor kacak, Aaron Aziz seperti ‘naik angin’ apabila lakonannya dalam filem Ombak Rindu turut dikaitkan dengan pembatalan konsert penyanyi luar negara itu.
Di dalam laman sosial Twitter, Aaron dikatakan kecewa apabila terbaca status yang ditulis oleh peminat-peminat konsert Erykah yang banyak mengaitkan dan membuat persamaan tentang filem Ombak Rindu dengan kontroversi Erykah. Secara terang-terangan, peminat fanatik tersebut menyatakan Erykah yang bertatukan Allah terus dikecam dan dilabel sebagai ‘haram’ manakala, aksi-aksi dalam filem Ombak Rindu seperti merogol, minum arak, perhambaan tidak menjadi ‘haram’.
“Erykah Badu w tattoo, haram.Ombak Rindu,misogynist sex slavery sado-masochistic love-rape film,halal. Cheers 4 hypocrisy!” tulis peminat itu yang diambil dari blog ******************. Mungkin terpukul dengan kenyataan Twitter peminat itu,
Aaron terus membalas kenyataan itu dengan mempersoalkan apakah isu yang perlu dikaitkan antara filem Ombak Rindu dengan Erykah Badu. “Sorry let me rephrase it. What has Eyka Badu’s issue got to do with ‘Ombak Rindu’. Selepas berkali-kali peminat-peminat fanatik Erykah Badu banyak mengaitkan isu penyanyi dengan filem Ombak Rindu, Aaron ternyata terlalu kecewa dengan ‘tuduhan’ yang dilemparkan kepada filem lakonannya yang dianggap sebagai ‘love-rap’ filem.
“Bukan EB yang cakap. Some of her fans. And that person said ‘we’re living in a Muslim fanatic Country’. I AM TRULY UPSET WITH DAT STATEMENT!” tulis Aaron.
Yang pentingnya, aku sokong dengan tindakan kerajaan yang bertindak tegas dengan sesiapa sahaja yang berkelakuan cuba menghina Islam. Bab ombak rindu, takde kena mengena dalam ini cerita. Ia hanya sekadar filem.
No comments:
Post a Comment