Pau Duit BR1M: Bukan 10%! Tapi 15% Daa..

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyifatkan Pas Cawangan Kamunting semakin terdesak apabila mengarahkan setiap ahlinya menyerahkan sebanyak 15 peratus daripada Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) kepada parti berkenaan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

 Menurutnya, pihak berkenaan seolah-olah berasa tidak bersalah untuk berbuat demikian dengan alasan sebagai satu sumbangan derma. “Difahamkan bahawa satu surat pekeliling dikeluarkan kepada ahlinya supaya mereka mengeluarkan 15 peratus daripada BR1M itu sebagai sumbangan derma untuk parti bagi menghadapi pilihan raya. “Mereka dilihat sanggup mengambil kesempatan terhadap golongan susah yang kita bantu melalui pemberian BR1M itu,”.

 Zambry berkata demikian bagi mengulas dakwaan Pas cawangan Kemunting yang mengarahkan ahlinya menyumbangkan sebanyak 15 peratus daripada BR1M yang diterima mereka kepada parti. Katanya, disebabkan kekurangan kewangan untuk menghadapi pilihan raya Pas sanggup membebankan rakyat yang miskin untuk mendapatkan sumber kewangan.

 “Apabila kita mengatakan mereka memaksa ahli Pas memberikan wang berkenaan mereka mendakwa itu adalah sebagai derma atau sumbangan. “Mereka langsung tidak rasa bersalah terhadap perbuatan itu yang secara jelasnya bahawa penerima BR1M itu adalah golongan susah,” katanya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...