KDN Tolong Pantau! Budak Ni Gagal Sertai Polis Kerana Telinganya Besar Katanya!


Hasrat seorang anak muda untuk menyertai pasukan polis tidak tercapai apabila panel ujian fizikal bagi jawatan konstabel mendakwa telinganya besar dan tangannya bengkok. Kamarudin Osman, 19, dari Desa Bidara, Kuala Ketil terkilan selepas gagal mengikuti ujian fizikal lain apabila fizikal badannya dikatakan tidak memenuhi syarat diperlukan.

 “Saya tidak rasa telinga saya besar. Saya betul-betul berminat untuk menyertai pasukan polis. Bagi saya, minat dan komitmen itu lebih penting daripada segala-galanya,” katanya. Bekas kadet polis Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Puteri selama tiga tahun itu pernah mengikuti latihan menembak ketika di bangku sekolah. “Saya terlalu meminati bidang kepolisan. Saya pernah ponteng sekolah untuk menghadiri kursus menembak. Saya tahu, perkara itu salah, tetapi minat saya mengatasi segalanya,” kata anak bongsu daripada enam beradik ini. Kamarudin, yang memiliki ketinggian 172 sentimeter, mempunyai kesihatan yang baik selain aktif dalam bidang sukan ketika di bangku sekolah.

 Menurutnya, panel pemilihan hanya mengambil masa tidak sampai 10 minit menilainya sebelum mengatakan dia gagal untuk meneruskan ujian seterusnya. “Saya tidak menyalahkan sesiapa dalam hal ini, tetapi saya agak terkilan kerana tidak dapat meneruskan ujian seterusnya gara-gara dikatakan mempunyai telinga besar.

“Siapa yang inginkan telinganya besar, itu adalah takdir Tuhan. Tinggi, berat badan, ukur lilit dada dan pernafasan saya mengikut syarat yang ditetapkan, tetapi masih gagal meneruskan ujian lanjut," katanya lagi. Katanya, panel penilai itu turut menasihatinya memohon semula untuk menduduki ujian berkenaan. “Apa salahnya saya diberikan peluang dan membuktikan yang saya mampu untuk menjadi seorang anggota polis,” katanya.

Kamarudin berharap sempena Hari Polis ke-205 ini, pihak terbabit dapat mempertimbangkan hasratnya. “Saya kagum melihat disiplin dan komitmen anggota polis menjalankan setiap tugas mereka. Justeru, saya amat berharap, dapat menjadi salah seorang daripada anggota keselamatan ini. “Sejak kecil saya meminati bidang kepolisan ini. Saya yakin mampu melakukan yang terbaik sekiranya diberikan peluang ini,” katanya yang nekad untuk terus memohon menyertai bidang berkenaan.-SH

**************


Betulke KDN mensyaratkan saiz telinga merupakan syarat fizikal dalam kriteria pemilihan menjadi anggota polis? 
Bagi aku, telinga budak ni taklah sebesar mana.


Kalau tangan bengkok, ya! Aku setuju sebab hal ini mampu memberi kesan semasa menembak dan semasa berkawad dimana ia mampu menjejaskan line kawad itu.


Kesian budak ni, tak dapat jadi Polis, sampai masuk akhbar dibuatnya..

2 comments:

usin said...

lah!! mcm tu dikatakan besar? ingatkan besar mcm telinga gajah. panel pemilihanpun kena buat keputusan logik la. kalau besar mcm tu, normal la tu. org kata, telinga besar menunjukkan empunya diri mudah mendengak kata. nk pilih budak2 degil jadi polis ke?

Anonymous said...

keh keh...pe la pak polisi nih..xkan la pasal telinga pun jd isu..siasat sape panel tuhhh..kita tarik telinga dia lak jd besar..ske2 je kutuk telinga org.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...