Siapa Gadis Cun Ini Di Mata Nik Aziz?

Oki Setiana Dewi

Barangkali Nik Aziz begitu teruja selepas pelakon popular Indonesia, Oki Setiana Dewi melawat Kelantan tempohari dan secara tak langsung Pok Nik barangkali mendapat inspirasi agar beliau juga dianggap artis. 

Biarkan Pok Nik dengan labu-labunya..


Artis itu memulakan ucapan dengan kata-kata yang sangat menyentuh hati nurani: Pertama kali aku datang ke Kelantan, lantas aku jatuh cinta pada Tok Guru, seorang yang luar biasa, zuhud dan sentiasa merendah diri.

Ribuan khalayak, majoritasnya anak muda yang memenuhi gedung Kelantan Trade Centre (KTC) malam itu diam seketika saat mendengar kata-kata yang dilontarkan artis cantik yang melakonkan peran Ustazah Ana dalam filem “Ketika Cinta Bertasbih” Oki Setiana Dewi.




Khalayak sepertinya terpukau bila sang artis pujaan mereka dengan suara penuh kelembutan memuji negeri Kelantan dan Menteri Besarnya, Tok Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sekali pandang mungkin orang tersalah tanggapan, apakah ia benar-benar seorang artis filem dan sinatron terkenal Indonesia, kerana penampilannya tidak seperti majoritas artis-artis lain yang sering mendedahkan aurat, sebaliknya Oki Setiana Dewi mengenakan jilbab labuh mentutupi sehingga paras dadanya. Bertambah cantik dan ayu bila dipadankan dengan baju warna unggu yang dipakai malam itu.

“Oki memakai jilbab bukan disebabkan mahu menghadiri acara “Bicara Selebriti” yang dianjurkan Kerajaan Negeri Kelantan, di Kota Bharu, tapi Oki memakai jilbab sejak usia 16 tahun dan sebelum berlakon filem” tutur Oki.

Ketika usianya 16 tahun ia bertekad mahu menjadi seorang solehah, meskipun ia menyedari ilmu agamanya sangat minimum ketika itu. Namun telah tertanam dalam hati nuraninya satu perasaan bahawa perjalanan hidupnya kini menuju Allah SWT. Memakai kerudung adalah satu perintah agama, untuk menjaga keselamatan wanita, justeru tiada alasan untuk muslimah mengingkarinya.

Sehingga jika datang keinginan untuk melakukan hal-hal yang ditegah agama, ia teringat kerudung yang dipakainya, lantas tak jadi melakukannya. Kata Oki yang ketika itu tinggal di Batam, Riau bersama orang tuanya.

Namun memakai jilbab atau kerudung dalam usia muda pastinya banyak cabaran. Pernah orang bertanya, kenapa sih kamu pakai kerudung, bukankah itu pakaian Arab? Oki lantas menjelaskan, ini bukan pakaian Arab tapi pakaian Islam bagi muslimah. Beritahu Oki di acara bicara Selebriti malam itu.


Oki sejak dari kecil bercita-cita mahu jadi artis, namun setelah berubah ke jalan Allah dengan memakali kerudung dalam usia 16 tahun, ia merasakan peluangnya untuk menjadi artis tertutup rapat. Cita-citanya harus dikuburkan kerana mana ada direktor filem mahu mengambil wanita yang memakali kerudung sebagai artis. Lantas Oki bercita-cita pula mahu menjadi guru.
Selanjutnya, kata Oki “Suatu hari, tanpa diduga, terima telefon dari direktor filem. Kamu ditawarkan berlakon filem. Belum usai percakapan, Oki beritahu, aku sekarang memakai jilbab. Mana bisa…Jawab direktor. Bisa!”

Mendengar tawaran itu, cita-citanya mahu jadi artis filem seperti hidup kembali. Ia berlari ke musolla lantas mengadu kepada Allah SWT. “Ya Allah, aku sekarang sedang berlari menuju-Mu. Manakala rezeki juga di tangan-Mu. Jangan persulitkan rezekiku lantaran jilbab ku ini. Namun paling penting, apakah dengan pekerjaan ku (rezeki) sebagai pelakon filem kelak akan berpaling dari-Mu?

Oki diterima berlakon untuk filem “Ketika Cinta Bertasbih” yang diangkat dari novel Islami terkenal hasih karya Habiburrahman El-Shirazy dan diberi peranan sebagai ustazah Ana. Filem itu bukan saja diminati di Indonesia, bahkan Malaysia.

Menurut Oki, maklum balas yang diterimanya selepas publik menonton filem KCB, ramai remaja perempuan mula memakai kerudung. Ini adalah kesan positif yang diterima mereka lewat filem itu. Dan ini merupakan salah satu dari uslub dakwah.

Mengakhiri “Bicara Selebriti” Oki mendeklamasi sebuah puisi terkait dengan pengalamannya selama 4 hari di Kelantan dan kesempatan berjumpa dengan Menteri Besar Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di kediaman rasmi Tok Guru, di JKR 10.




cair beb!
Alhamdulillah, perkara yang baik dan tidak melalut aku sokong.
Yang pentingnya maruah Islam sentiasa terpelihara dan tidak dibiarkan ia dipermainkan demi untuk agenda politik murahan seperti apa yang PAS lakukan sekarang.
Sumber

1 comment:

Anonymous said...

pesanan ikhlas dari aku...

moshe nik ajis jgn dok tangkap KERAS plak...

bukan bleh harap sangat puak pas nie...

ustad badigol suara merdu dgn zikir munajat pun bleh tersungkur bagi kaunseling pkl 3 pagi...

walau badigol ni pkr tapi title ustad menyamakan badigol ni dgn puak pas...

pejuang hamas...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...