Luahan Peminjam Skim Pelajaran Negeri Selangor

Peminjam skim Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor mendesak Kerajaan Negeri Selangor supaya memansuhkan bayaran  pinjaman berkenaan terlebih dahulu sebelum meminta kerajaan memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).


Peminjam, Hafez Shuriddin meminta Kerajaan Negeri menukarkan pinjaman berkenaan kepada biasiswa jika ingin menjaga kebajikan rakyat.“Ini tidak pimpinan Pakatan Rakyat di bawah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak terlebih dahulu mempraktikkan memansuhkan pinjaman SUK itu, tetapi sibuk memperjuangkan untuk memansuhkan PTPTN.


.“Jika benar negeri berkebajikan sekali gus Kerajaan Pakatan Rakyat di bawah Penasihat Ekonomi, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu melakukan tindakan berkenaan segera tanpa mengarahkan mana – mana pihak untuk mencabar PTPTN supaya dimansuhkan,” katanya di Pejabat Umno Bahagian Kuala Langat.


Hafez, berkata, beliau kesal isu PTPTN dibangkitkan sedangkan Kerajaan Negeri lebih mendesak dengan menghantar surat peguam sebanyak empat kali dengan setiap caj sebanyak RM100 kepadanya sebagai peminjam SUK.


Katanya, beliau yang tamat pengajian pada 2003 diarah menjelaskan pinjaman RM24, 050 dan sepatutnya memulakan pembayaran pinjaman berkenaan pada 2004 hingga 2011 tetapi pernah didesak untuk menjelaskan bayaran secara pukal RM 9,857.-sh


Published with Blogger-droid v2.0.4

1 comment:

Unknown said...

ATTENTION:

We are Certified Loan Lender based worldwide. We off all kinds of loan both personal and mortgage loan to people all over the world. Interested person should contact me via : info.globaloaninvestment@gmail.com

Regards

Mr,Diana Lambert
Funding Manager.







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...