Meninggal semasa demo depan pejabat PM! Kerajaan Juga Disalahkan?? (With Video)
Seorang peneroka Gatco, Kampung Serampang Indah Jelebu meninggal dunia ketika menyertai himpunan aman di hadapan Kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM) dipercayai akibat serangan jantung.
Menurut R Tanggam, yang turut serta dalam himpunan itu, beliau melihat mangsa jatuh terduduk ketika hampir 100 peneroka lain sedang berhimpun di perkarangan pintu masuk ke JPM. Beliau yang berada hampir dengan mangsa kemudiannya membantu mangsa yang ketika itu masih bernafas sebelum meminta pertolongan daripada pihak keselamatan yang berkawal.
Tidak lama kemudian mangsa dibawa ke dalam pondok pengawal sebelum disahkan oleh doktor yang datang.
Sementara itu, himpunan itu bertujuan bagi menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak bagi membantah tindakan Mentri Besar Inc (MBI) yang semasa itu diterajui Tan Sri Isa Samad yang didakwa menjual tanah mereka.
***********************
Alfatihah disedekahkan kepada arwah Allahyarham Nordin Bakri yang meninggal dunia semasa membuat demo bantahan didepan pejabat PM semalam. Hidup mati adalah suatu yang pasti itu semua ketentuan ilahi. Nak buat camne, ajalnya sampai pada masa itu.
Cuma aku ralat, kenapa perlu buat laporan polis atas kematian itu?
Sendiri berdemo takde sapa nak suruh, bila ada kes sebegini, pihak berkuasa juga disalahkan? Mereka mendakwa anggota perubatan lambat datang membantu memberi rawatan kecemasan. Aku tak setuju dalam hal ini.
Jikalau setiap panggilan kecemasan yang diterima, unit kecemasan akan datang dengan seberapa segera bagi menyelamatkan sesuatu kes. Ini sudah menyalahkan takdir!!
Ini jawapan yang aku petik berkenaan isu tanah peneroka Gatco untuk penjelasan semua. Jangan terpengaruh dengan fitnah ye!
Peneroka asal GATCO perlu bersedia dengan dokumen perjanjian
SEREMBAN : 28 Mac – Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan menjelaskan bahawa tanah Kampung Serampang Indah, Jempol Jempol ini milik syarikat GATCO dahulunya adalah satu rancangan tanah yang dibuat oleh National Union of Plantation Workers (NUPW) tetapi gagal sehingga tanah yang dicagarkan kepada bank telah di ambil oleh pihak bank.
Beliau menjelaskan, pada tahun 2007 aset ini telah diambil alih oleh Danaharta atas sebab krisis ekonomi yang melanda pada tahun itu.
“Setelah lelongan awam ke-empat yang dibuat oleh Danaharta, pihak syarikat Thamarai Holding Sdn. Bhd. telah membeli tanah tersebut dan tidak timbul isu di mana kerajaan menjual tanah tersebut.
Tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh pihak pembangkang adalah salah sama sekali kerana kerajaan hanya memberi pajakan baru kepada penama yang baru,” tegas beliau ketika mempengerusikan mesyuarat exco bersama sidang media di Wisma Negeri, di sini, hari ini.
Kata beliau, kerajaan negeri cuma mengikut perintah mahkamah ketika itu namun bagi menyelesaikan kemelut masalah yang dihadapi oleh peneroka tersebut kerajaan akan cuba mencari kata sepakat dari kedua-dua pihak bagi membantu peneroka-peneroka asal.
“Semua peneroka asal yang ada dokumen perjanjian bersama NUPW perlu bersedia kerana borang akan diberikan bagi mendaftar semula peneroka-peneroka asal,” ujar beliau.
Justeru itu, semua peneroka asal akan di bawa berunding dengan syarikat Tamarai Sdn. Bhd. agar peneroka ini diberikan keutamaan dan kemungkinan akan ada kos-kos tertentu untuk peneroka perlu beli dari tuan tanah yang baru.
Kerajaan negeri akan pastikan kepentingan peneroka-peneroka asal ini di ambil perhatian dan di ambil kira dari segala sudut agar hak mereka terbela.N9 Kini
No comments:
Post a Comment