Penjelasan terbaru Shaikh Hussain Bagi Yang Menggelar Beliau Bodoh!
Pemuda
UMNO PP merasakan sudah sampai masa menjelaskan semua perkara dengan
fakta terperinci berkenaan penjualan tanah masjid dan sekolah di
pembangunan Bayan Mutiara selama ini. Pemuda pertama kali mempersoalkan
mengenai mengenai penjualan tapak masjid dan sekolah di bayan mutiara
dengan memberikan nombor rujukan pelan kebenaran merancang kebenaran
merancang iaitu JPB/PM/4490(LB)Pin.1 bertarikh 30 Oktober 2006.
Persoalan yang ditimbulkan sebaliknya tidak mendapat jawapan malahan
mendapat ugutan untuk menyaman atas dasar kononnya pemuda memainkan
unsur perkauman. Sehingga ke hari ini tiada jawapan mengenai pelan
kebenaran merancang tersebut malahan satu-satunya jawapan yang telah
dikeluarkan daripada ketua menteri hanyalah beliau telah menjual tanah
bayan mutiara seluas 41.6 hektar yang tiada pecah sempadan. Dituruti
pula jawapan daripada Zairil Khir Johari bahawa nyawa ketua menteri
terancam dengan perkara ini dan UMNO, TV3 dan Utusan akan disalahkan
jika sebarang perkara yang tidak diingini berlaku kepada ketua menteri.
Malahan saya pula digelar bodoh dan dituduh tidak tahu sejarah Bayan
Mutiara kerana kononnya pemimpin UMNO dulu yang perlu dipersalahkan
apabila tiada pelan pecah sempadan yang dibuat sebelum ini yakni pada
tahun 2006. Walaupun saya telah kemukakan semua fakta di media TV3,namun
mungkin pemimpin pakatan rakyat cetek ilmu pengetahuan seperti Mujahid
Yusof Rawa dan Pemimpin Kongres Melayu Rahmad Ishak yang terus
mempertikaikan penjualan tapak masjid dan sekolah tanpa usul periksa
atau mungkinkah sekadar membantu rakan mereka LGE yang sudah tersepit
walaupun perkara ini melibatkan tanah milik orang Islam dan Rakyat
miskin Pulau Pinang.
Biarlah saya menceritakan sejarah
pembangunan bayan mutiara agar mereka lebih faham dan tidak lagi
mengeluarkan kenyataan kenyataan membuta tuli. Pelan merancang yang
pertama telah dikemukakan kepada MPPP pada 3.3.2005 dengan beberapa
pindaan yang akhirnya telah diluluskan pada 30.10.2006. Tapak
pembangunan bayan mutiara ini merupakan tanah tebus guna yang rata,
ditumbuhi belukar pepohon gelam berpasir dan terletak di persiaran
sungai nibong. Dibawah Pelan Dasar Perancangan dan Kawalan Pemajuan
MPPP/PN-020(PL/PP)(F1/96) tapak ini ditunjukkan sebagai "Tanah/Projek
Kerajaan/Utiliti dan Infrastruktur Awam". Keluasan tapak ini pada ketika
itu adalah 93.06 ekar.
Pelan kebenaran merancang yang
diluluskan pula mengandungi berbagai jenis perumahan dan kemudahan2
masyarakat lain terutamanya tapak sekolah seluas 6 ekar yang telah
dipersetujui akan diserahkan kepada kementerian pendidikan ketika itu
dan tapak masjid seluas 2.49 ekar yang telah dipusatkan dan perlu
diserah kepada MAINPP. Dalam syarat yang ditetapkan dalam pelan
kebenaran merancang tersebut tapak sekolah dan tapak masjid perlu
diserahkan dengan pelan pecah sempadan dan milikan kosong sebelum
memulakan kerja dan diluluskan pihak berkuasa negeri sebelum sijil
kelayakan menduduki dikeluarkan. Namun begitu,oleh kerana tapak tersebut
terletak diatas tanah yang ditebusguna, pihak PDC tidak dapat
memperolehi Suratan Hakmilik Sementara yakni no.lot dan no. hakmilik
daripada pendaftar hakmilik negeri pulau pinang yang pada ketika itu
masih di bawah pegangan pihak kerajaan negeri dan pemajunya adalah anak
syarikat PDC sendiri iaitu PDC Properties SB.
Pihak PDC juga
pada ketika itu telah membuat akujanji dengan suratnya kepada MPPP akan
mengemukakan permohonan pemberian milik tanah bagi projek ini terus
kepada pihak berkuasa negeri kelak dan tidak perlu mengemukakan pelan
pecah sempadan kepada MPPP pada ketika itu. Dengan jaminan tersebut
permohonan memulakan kerja telah dibenarkan dan pembinaan fizikal fasa 1
bayan mutiara D'Residence telah dimulakan pada 27 september 2007. Sijil
Layak menduduki untuk fasa 1 bayan mutiara dengan nombor pelan bangunan
PB NO 44881(LB) telah diperolehi pada Julai 2010 yakni ketika proses
tender bayan mutiara sedang berjalan . Sepatutnya Pelan pecah sempadan
telah dikemukakan berdasarkan Suratan Hakmilik Sementara yang sepatutnya
telah diperolehi. Pada ketika itu kerajaan negeri DAP telah menjual
keseluruhan baki tanah 41.6 hektar termasuk laut yang akan
ditebusguna.Cukup menghairankan semua agensi yang terlibat telah
mendiamkan diri apabila tapak masjid dan tapak sekolah turut dijual.
Pemuda UMNO pada hakikatnya memang 'Hero Rakyat" apabila berjaya
membongkar skandal ini. Pemuda UMNO akan tetap teruskan perjuangan
walaupun digelar bodoh atau apa sahaja sehingga tapak masjid dan tapak
sekolah seluas 8.49 ekar yang bernilai hampir 185 juta dengan kadar
harga rm500 sekaki persegi sekarang. Perjuangan pemuda adalah untuk
rakyat miskin pulau pinang yang jelas cuba dipinggirkan oleh kerajaan
negeri DAP.
Tindakan LGE mendiamkan diri dan mengalihkan isu
serta cubaan sesetengah pihak untuk membuatkan orang Islam bergaduh
sesama sendiri dengan mengarahkan mujahid yusof rawa dan rahmad ishak
menghentam pemuda UMNO tidak akan berkesan kali ini. Penjelasan
mengelirukan IVORY sekolah dan masjid akan dibina SEKIRA TIMBUL
KEPERLUAN dan DI LOKASI LAIN YANG SESUAI tidak dapat diterima sama
sekali. IVORY hanya merupakan kontraktor dan bukannya pemaju iaitu
TROPICANA IVORY untuk menjawab isu ini. Penjelasan IVORY juga telah
mengukuhkan lagi bahawa skandal penjualan tapak masjid dan tapak sekolah
cuba dielakkan untuk diperjelaskan kepada rakyat oleh LGE.
Akhir sekali berbaloikah gula2 kerajaan negeri DAP yakni RM100 utk warga
emas,RM1000 untuk kemasukan IPTA, RM1000 untuk pengurusan jenazah dan
anak emas RM200 berbanding hak rakyat miskin bernilai RM185 juta yang
hilang begitu sahaja. KEMBALIKAN TAPAK MASJID DAN TAPAK SEKOLAH BAYAN
MUTIARA TANPA KURANG SEINCIPUN DAN PADA LOKASI YANG SAMA KERANA INI
MILIK RAKYAT MISKIN PULAU PINANG. -
No comments:
Post a Comment