PTPTN Dijadikan Isu Kerana Ada Pihak Mau Jadi PM. Nuar Terkedu.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dijadikan isu sejak kebelakangan ini, selepas 15 tahun diperkenalkan, disebabkan "cita-cita besar individu tertentu" mahu menjadi perdana menteri, kata Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed Said.


Dalam temu bual khas dengan Sinar Harian, Ismail berkata, sebenarnya, berbagai-bagai isu timbul kerana cita-cita besar individu tertentu untuk menjadi perdana menteri. "Banyak perkara yang diputuskan oleh kerajaan semasa individu tersebut menjadi Timbalan Perdana Menteri dan malah menjadi pemangku Perdana Menteri," kata beliau tanpa merujuk kepada mana-mana individu secara langsung


Bagaimanapun kenyataan itu merujuk kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika PTPTN digubal pada 1997. 


Sebelum ini, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata PTPTN diperkenalkan ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan.


 Bagaimanapun PKR pula membalas bahawa ia diperkenalkan ketika Datuk Seri Najib Tun Razak memegang portfolio Kementerian Pelajaran. Kini, Najib merupakan Perdana Menteri manakala Anwar pula Ketua Pembangkang. 


Ismail, yang juga Ahli Parlimen Kuala Krau mengulas soalan mengapa selepas 15 tahun PTPTN dilaksanakan ia menjadi isu sekarang. Mengenai tindakan PTPTN terhadap desakan memansuhkan pinjaman, Ismail berkata, pihaknya bersedia mendengar pandangan semua pihak mengenai pemansuhan satu peratus kadar Ujrah atau upah dikenakan kepada pelajar sebagai kos pentadbiran.


 "Dan, kita meneliti perkara ini dengan Kementerian Pengajian Tinggi dan harap KPT bersama dengan pihak yang menuntut supaya ajukan kepada Perdana Menteri. "Namun, setakat ini kita masih mengekalkan dasar sedia ada," katanya lagi. Dalam hal ini, jelas beliau, terpulang kepada kerajaan kerana kos dikenakan minimum setelah dikurangkan kadar faedah daripada lima peratus kepada tiga peratus. 


"Akhirnya kita dapat keputusan daripada Majlis Fatwa Kebangsaan pada 2008 dan setuju menukar kadar faedah mengenai pinjaman konvensional dalam bentuk prinsip syariah iaitu Ujrah.


 "Paling penting, dalam kadar satu peratus ini, mana-mana pelajar terlebih bayar melalui sistem lama, kita telah pulangkan kepada pelajar tersebut," katanya lagi. Sehingga 31 Mac tahun ini, jelas beliau, pihaknya telah memulangkan kembali hasil penyelarasan lima peratus kepada tiga peratus hingga satu peratus berjumlah RM2.72 juta melibatkan 3,229 peminjam.


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...