Teng Chang Yeow Hero baru P.Pinang Ialah Adik Kepada Pemimpin Kanan DAP! itu Bukan Masalah Pun!

Teng Chang yeow kini kembali menjadi tumpuan selepas dilantik sebagai Pengerusi BN negeri, beliau dianggap sebagai bakal Ketua Menteri seandainya BN berjaya memenangi semula Pulau Pinang dalam pilihan raya umum akan datang. 

Teng Chang Yeow, Pengerusi BN Pulau Pinang yang baru dilantik oleh PM semalam, 47, ialah anak kelahiran Batu Pahat, Johor, datang daripada keluarga pemimpin politik yang menjawat jawatan di kedua-dua aliran politik. 

Abang beliau, Datuk Teng Chang Khim, ialah seorang pemimpin DAP Selangor dan Speaker Dewan Undangan Negeri dalam kerajaan Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR). 

Bapa beliau, yang tidak mahu menonjolkan diri, ialah pemimpin akar umbi MCA yang disegani di Batu Pahat, kampung halaman Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. 

Bapa saudaranya pula, Datuk Teng Boon Soon, ialah Anggota Parlimen Tebrau dan orang kuat MCA yang pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Lebih menarik, Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan bapanya, Lim Kit Siang juga berasal dari Batu Pahat. 

Dari satu sudut, pemimpin dan anggota parti tetap mengingati Chang Yeow sebagai ahli politik yang mengalahkan Pengerusi DAP Karpal Singh bagi kerusi DUN Padang Kota dalam pilihan raya umum 1995 dengan majoriti lebih 2,500 undi. 

Seorang penganalisis politik yang berpusat di Pulau Pinang, Datuk Dr Cheah See Kian berkata Najib membuat langkah bijak dengan melantik Teng sebagai Pengerusi BN negeri memandangkan beliau terkenal sebagai seorang 'pejuang agresif' yang amat sesuai untuk berdepan Guan Eng. 

"Tambahan pula Teng boleh berhujah dan ini akan membuatkan rakyat berfikir. Selain itu, Teng berasal daripada generasi muda pemimpin. Nampaknya BN telah menempatkan sepasukan pemimpin muda di Pulau Pinang," katanya.-Suntingan dari Bernama

************************


Aku pernah luahkan hal ini sebelum ini. BN P.Pinang memerlukan seorang yang boleh dianggap 'hero' baru bagi kaum cina P.Pinang bagi menandingi Guan Eng yang mana menurut pelbagai laporan popularitynya kini kian merudum di P.Pinang.  Aku harap Chang yeow mampu membuktikannya!

Tsu Koon dan Teng Hock Nan bukannya tak berjasa, cuma mereka dianggap 'veteran/tak sesuai' di kacamata kaum cina Pulau Pinang sekarang ini.

Aku harap Chang Yeow adalah 'hero' baru yang dicari selama-lama ini dan mampu menjadi 'idola' baru untuk rakyat kaum cina khususnya di P.Pinang. InsyaAllah, tak mustahil P.Pinang kembali mampu dirampas oleh Barisan Nasional. Tiada yang mustahil!


Bab hubungan adik beradik yang berlainan ideologi, itu bukan masalah pun memandangkan yang kita tau Khalid Samad pun adik kepada Sharir Samad, Saifudin Nasution merupakan adik kepada pegawai khas PM iaitu Dato Sahlan dan banyak lagi situasi sebegini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...