MP Ampang Zuraida Kamaruddin sedia untuk disaman berhubung
kenyataannya yang mengaitkan seorang pelakon wanita dengan menteri kabinet yang dibuat minggu lepas.
“Kita bersedia dengan segala tindakan yang akan diambil. Kalau dia nak saman maka kita bersedia,” kata Zuraida ketika dihubungi TVSelangor di sini hari ini.
Zuraida yang juga Ketua Wanita PKR berkata demikian bagi mengulas reaksi pelakon, Zahida Rafik, yang menafikan dakwaan yang beliau terlibat di dalam hubungan dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar, Datuk Seri Shafie Apdal.
Zahida di dalam kenyataan yang dimuatnaik ke dalam laman web sosial twitter, menafikan dakwaan itu dan menyerahkannya kepada peguamnya untuk tindakan selanjutnya.
Menurut Zuraida, pendedahan perkara itu dibuat atas dasar ingin membantu pemandu peribadi Zahida yang dipercayai menjadi mangsa di dalam kes tersebut.
Katanya, pihaknya juga mahu menteri yang dikaitkan dengan kes itu untuk memberi penjelasan.
Zahida menafikan dakwaan Mohd Azuan apabila menulis di dalam laman Twitter-nya, pada 19 dan 20 April lalu.
Beliau menulis:
“Wow!!! Besnya if tis story is tru!! Kesian my x driver tu, sanggup buat cite palsu semata2 utk buat duit!! May allah bless him!
(Wow, besnya kalau cerita ini benar. Saya berasa kesian pada bekas pemandu saya itu kerana sanggup buat cerita palsu semata-mata untuk buat duit. Moga Allah Merahmatinya!)
Zahida berkata beliau tidak berdiam diri dan sudah melantik peguam untuk menyelesaikan isu ini.
*****************
Wahai Zuraida, janganlah main drama lagi!
Memang ko bersedia untuk disaman dan ko akan disaman maka keringlah badan ko selepas disaman nanti!
Kau ratu fitnah! Kau ratu adudomba!
Tidak takutkah kau dengan seksaan api neraka wahai Zuraidah dengan pelbagai kerja terkutuk ko yang tak henti-henti memfitnah pemimpin UMNO/BN walaupun tiada asas yang kukuh?
1 comment:
Sudahlah hodoh, bodoh lagi tu...jenis otak di kepala lutut...mana ada akal. Kesian penduduk Ampang yang pilih manusia seperti ini sebagai pemimpin.
Post a Comment