Jom Kenali 5 Orang Perusuh Yang Dah Ditahan Polis.

Menurut maklumat yang diterima, Individu kelima yang baru ditahan dipercayai ada kaitan dengan penglibatannya dalam himpunan Bersih 3.0 telah ditahan hari ini. Amirullah Sidik, 43, telah ditahan di Pejabat PAS Perak dan dibawa ke IPD Ipoh kira-kira 2.05 petang tadi. Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Dewan Pemuda PAS Perak (Juham), Zambri Rahim berkata, Amirullah ditahan atas seksyen 440 kanun keseksaan iaitu menyebabkan kerosakan harta benda awam.

 “Tahanan ini dibawa ke IPD Dang Wangi untuk disoal siasat dan kemungkinan akan ditahan reman jika siasatan tidak selesai pada hari ini,” katanya. Menurut seorang saksi, bekas pegawai tentera itu sudah diekori pihak Polis sehingga di kediamannya di Taman Perpaduan, Ulu Kinta sejak sabtu lalu.

Yang pertama di tangkap adalah R Thangam adalah Ketua Cabang PKR Rasah. Ada yang dakwa dia adalah orang yang pertama tempuh pagar polis di Dataran Merdeka. Kalau tengok ke gambar yang banyak tersebar, memang ada mirip muka dia.

Yang kedua ditangkap adalah Khalid Ismeth. Dia ni ditangkap pasai muka dia dikatakan sama dengan muka mamat yang terajang polis trafik yang cukup luar tersebat di internet. Mahasewel yang bongok ini juga dipercayai telah mengugut untuk membunuh semua polis yang ada di Malaysia ini.

Yang ke tiga dan ke empat seperti yang telah dilaporkan, sorang ahli Unit Amal dan sorang lagi ahli AMK. Ahli Unit Amal tu Mat Kamal Ismail dari Teluk Kemang manakala ahli AMK tu Farhan Ibrahim dari Melaka Tengah. baru 5 orang. Yang selebihnya tu, reti-retilah menyerah diri. Buat kacau / merusuh pandai, bila polis cari semua pakat menikus dalam rumah..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...