Terkini! Hadi Ulang Sekali Lagi! Hudud Bukan Keutamaan!!

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata hukum hudud bukan sesuatu yang menjadi keutamaan walaupun ia akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Pembangkang mengambil alih tampuk pemerintahan
negara.

Menurutnya, hudud akan dilaksanakan terlebih dahulu kepada umat Islam sementara bukan Islam diberi pilihan (untuk menerimanya atau tidak).

"Bagaimanapun, ia mesti dilaksanakan mengikut proses demokrasi. Kita dahulukan yang mana dahulu, kita selesaikan masalah, atasi kemiskinan dahulu.

"Hukum hudud tidak boleh dilaksanakan, hukum mencuri tidak boleh dijatuhkan sekiranya gaji minimum tidak dilaksanakan.

"Sebagai contoh, gaji minimum kena ada, kalau dia mencuri sebab gaji tak cukup, ia (hudud) tak boleh dilaksanakan sebab tak cukup syarat nak laksana hukum ini, itu kena faham.

"Masalah pengangguran diselesaikan dulu baru (hudud) dilaksanakan," katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan ceramah Pra-Bubar Parlimen di Kuala Berang, di sini, semalam. - Bernama

*****************

Ini orang tua cakap banyak pusing la!
Cakap je direct, Takut undi cina lari dan takutkan DAP kan senang!
Tak mau buat cakap le tak mau buat. Kalau UMNO bagi alasan apapun, puak fcukatan takkan terima!

Main pusing gaji minimum la pulak! Kan najib dah umum?
Adakah jika fcukatan memerintah pengangguran akan ZERO?


Buat pecacai pakatan, lepas ni tak payah le nak berlakon kononnya nak tegakkan hukum hudud!
Semua tu retorik belaka! Anda hanya diperbodohkan oleh pemimpin yang memperdagangkan Islam!

3 comments:

Anonymous said...

Pusing apa pulak bro...paham la baik2...keutamaan sekarang tumbangkan UMNO Barisan Nasional di peringkat Pusat...dah Tumbang baru bulih buat hudud...paham ker?

Anonymous said...

Nak tunggu kebenaran penerbit pulok...cheh!

BatuBara said...

Fikir dulu,undi Pas dapat Dap jangan nyesal tak sudah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...