Anak Penakan Anwar Ibrahim Ditangkap!

pic hiasan

Seorang pembantu khas kepada Exco Kerajaan Negeri dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, semalam atas tuduhan mengambil dadah.

Aidi Rafizul Idrus, 36, dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Jalan Paya, Berapit, 29 November 2011 lalu.

Pada tarikh itu, dia bersama tiga yang lain ditahan polis dalam satu serbuan di rumah berkenaan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) kira-kira jam 11.05 pagi untuk menjalani ujian saringan air kencing.

Hasil ujian yang dilakukan Bahagian Narkotik kemudiannya mendapati dia positif dadah dan didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman­ penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Dalam pada itu, Aidi yang merupakan pembantu khas kepada Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Banjir mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu dan mohon dibicarakan.

APA LAGI NAK DIKATA? PAKATAN HARAM MEMANG ORANGNYA RAMAI ORANGNYA YANG TAK BERKUALITI.

IDRUS IBRAHIM MERUPAKAN ABANG KPD ANWAR IBRAHIM. KALAU TANYA ORG BELAH PMTG PAUH, RAMAI YANG KENAL. HIDUP PUN SENANG LENANG ATAS BANTUAN ADINDANYA SEMASA MENJADI TPM.


Published with Blogger-droid v2.0.4

1 comment:

Anonymous said...

Nah haihhh !! apa habaq orang kubang semang..matang pasiaq..sg semambu mtg rawa dan yg sewaktu dgn nya !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...