Apek Bersih Diserang, UMNO/BN Punya Kerja Juga??

Ahli jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 diserang lima pemuda ketika sedang jogging di Taman Kanagapuram di Seksyen 18, Petaling Jaya, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.40 pagi, Chin Huat Wong, 39, cedera di kepala selepas diserang menggunakan topi keledar dan ditumbuk oleh lima lelaki menaiki motosikal.

Huat Wong berkata, dia dikepung dan berlari sejauh 100 meter untuk menyelamatkan diri tetapi gagal selepas terjatuh.

“Saya dipukul bertubi-tubi dan salah seorang daripada mereka mengarahkan saya memberi wang.

“Lima pemuda tersebut beredar selepas saya tidak memberikan wang kepada mereka,” katanya.

Menurutnya, akibat serangan tersebut, dia menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Dia membuat laporan di pondok polis PPUM.

Dia yang juga pensyarah di salah sebuah universiti tempatan berkata, tidak menolak kemungkinan serangan ke atasnya bermotifkan politik kerana penyerang tidak menunjukkan kesungguhannya untuk menyamun.


Huat Wong berkata, hairan dengan tindakan penyerang kerana tidak memeriksa badannya selepas diberitahu tidak mempunyai wang walaupun dia mempunyai telefon bimbit di dalam poket seluarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunadi Mohamed mengesahkan menerima laporan tersebut.


Menurutnya, kes tersebut diklasifikasikan sebagai cubaan samun dan pihaknya akan menjalankan siasatan.


**********


Dia tidak menyatakan kemungkinan dia ada masalah peribadi dengan sapa-sapa.
Untuk menunjukkan keadaan yang selamat untuknya, seperti biasa, puak pakatan haram ni dengan mudah sebutkan 'bermotifkan politik'. Korang paham-pahamkanlah ye..



1 comment:

Anonymous said...

fuuyo..berdarah dah macam dalam wwe..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...