Menurut Anzalna, apa yang diceritakan adalah fakta dan bukannya fitnah. Tragedi ini berlaku sebaik sahaja pertandingan Dewi Remaja berakhir. Menurut Anzalna, pendedahan ini dilakukan untuk orang ramai mengetahui warna sebenar diri Neelofa.
Kata Anzalna:- Walaupun saya tidak menang sebarang tempat dalam pertandingan itu, hanya menjadi finalis, Lofa tetap tidak berpuas hati dengan saya. Menerusi laman social Facebook milik keluarganya, Lofa menghina keluarga saya dengan perkataan tak elok. Saya tak tahu apa motif Lofa berbuat begitu, sedangkan saya tak menang pun, mungkin dia busuk hati, sama seperti yang pernah diceritakan Tasha sebelum ini.
Semua pengikut saya di FB tahu Lofa menghina keluarga saya. Lofa juga mewujudkan satu akaun “Kami Benci Anzalna”. Selain itu, saya turut menerima ugutan daripadanya sekiranya saya memenangi pertandingan Dewi Remaja. Bagi saya walaupun perkara itu sudah lama berlalu, apabila saya membaca pendedahan Tasha, saya dapat rasakan apa yang dilalui Tasha, saya lebih dulu merasainya.
Cuma saya tidak pernah membuat pendedahan sebelum ini. Terus-terang, apa yang dilakukan Lofa amat menghiris perasaan saya. Saya nak semua orang tahu warna sebenar diri Lofa. Sampai sekarang saya masih dengar orang bercerita, Lofa terus bercerita benda buruk mengenai diri saya, nak jatuhkan karier saya. Ramai artis senior yang bercerita kepada saya, seolah-olah Lofa tidak berpuas hati dengan saya. Ketika Dewi Remaja dulu, saya tak menang sebarang tempat, tapi kenapa dia perlu busuk hati? Lofa pula ada ramai peminat, saya pula sebaliknya.
Justeru kenapa dia perlu busuk hati? Sebelum ini ramai wartawan bertanya antara saya dan Lofa, tapi saya tak cerita apa-apa, takut dilabel bermulut jahat, namun selepas pendedahan Tasha, barulah saya ada kekuatan untuk bercerita. Saya sedar diri saya ini tidak sepopular dirinya. Jadi tak perlulah busuk hati dengan saya. Saya masuk industri ini, tidak berniat nak kejar populariti, saya nak cari rezeki. Kalau saya nak kejar populariti, dah lama saya buat kontroversi seperti dirinya.
Biarlah kita sama-sama cari rezeki dengan ikhlas, Lofa patut bersyukur dengan apa yang diperolehinya hari ini. Nampaknya pendedahan ekslusif daripada Anzalna ini pasti akan menggegarkan dunia hiburan terutamanya kepada peminat Neelofa. Sama-sama kita nantikan apakah reaksi Neelofa berkaitan isu ini.
-Abang Nara
Respon Neelofa |
A.S : Camna respon rakan-rakan blogger seperti MPP,semuthitam dan lain-lain yang terlalu 'memujanya' saban hari? Hehe
Hangpa percaya ka tidak cerita yang boleh menjatuhkan reputasi Neelofa ni?
Tapi lebih baik kita tunggu lebih terperinci cerita dari kedua-dua belah pihak.
Apapun, Neelofa memang terbaik sebab dia sokong UMNO!
Pakatan Haram Kaki Penipu Putar Belit Alam Nombor 1!!
1 comment:
pui...cerita tak dak paedah langsung...yg si anzalna tu pon sama ja bukan cantik tara mana..harap juai gambaq melentik dalam magazine boleh la...
Post a Comment