KUALA LUMPUR adalah antara lima bandar paling murah di dunia untuk dilawati, menurut edisi terbaru TripAdvisor, dalam laporan TripIndexnya semalam. Penginapan satu malam di bandar Malaysia termasuk hotel empat bintang, tambang teksi, makan malam dan koktel hanya memerlukan AS$194.43 ($250) secara purata.
TripIndex juga mendapati Hanoi (AS$84.89) merupakan bandar paling murah untuk dilawati di dunia, diikuti dengan Beijing (AS$159.05) dan Bangkok (AS$161.90). Budapest adalah destinasi Eropah paling murah dalam senarai itu, dengan semalam di bandar Hungary memerlukan hanya purata AS$193.78, menjadikan lebih murah sedikit daripada Kuala Lumpur.
The TripIndex membandingkan harga bagi satu malam di destinasi popular di dunia dalam tempoh musim panas tahun ini. Kos purata itu melibatkan dua koktel, makan malam bagi dua orang di restoran, tambang teksi dan semalam di hotel bagi dua orang. Bandar-bandar Eropah adalah paling mahal dengan London pada AS$500, termasuk AS$361.64 bagi penginapan dan AS$82.61 bagi makan malam, diikuti dengan bandar Norway, Oslo, pada AS$499.91. Ini diikuti dengan Zurich di Switzerland sebanyak AS$485.82 dan Paris.
Satu malam di Paris, yang minggu ini Mastercard meramalkan bandar kedua paling popular bagi pelancong di dunia selepas London, mencapai AS$480.76. Ini termasuk AS$306.71 bagi purata bilik di hotel empat bilik, AS$15.06 bagi tambang teksi dan AS$57.44 bagi koktel dalam hotel lima bintang dan AS$101.55 bagi jamuan malam. Di Amerika Syarikat, destinasi popular New York, adalah bandar paling mahal dan enam paling mahal dalam senarai keseluruhan pada AS$456.50. Ini termasuk AS$341.63 bagi penginapan, AS$15 bagi tambang teksi. Las Vegas menawarkan nilai paling baik pada AS$263.
****************
Diharapkan puak pecacai pakatan yang baca artikel ini dapat meluangkan masa dan berfikir sejenak secara mendalam mengapa kita harus bersyukur dapat tinggal di bumi bertuah Malaysia ini.
Mereka sering merungut kononnya pelbagai harga barang dan perkhidmatan melambung tinggi dan mahal di Malaysia seolah-olah tidak dapat dikawal namun jika kita lihat dari skop yang lebih luas kita seharusnya bersyukur ke hadrat Ilahi.
Bukalah mata hati itu. Putihkan hati yang hitam itu wahai pecacai pakatan sekalian.
Janganlah jadi manusia yang kufur nikmat!
2 comments:
terlalu banyak nikmat yang diberi oleh Allah kepada sekalian manusia tapi hanya sedikit yang bersyukur...antaranya ahli benggong seumur hidup,Pecacai pakatan rakyat banggang...
terlalu banyak nikmat yang diberi oleh Allah kepada sekalian manusia tapi hanya sedikit yang bersyukur...antaranya ahli benggong seumur hidup,Pecacai pakatan rakyat banggang...
Post a Comment