Jahanam! Masjid Ini Cuba 'Dihancurkan' Oleh Khalid G

Isu Lantikan AJK Masjid : Penduduk Pertikai Ketelusan MAIS 

Kariah Masjid Al Husna Bandar Sunway mempertikaikan tindakan dan ketelusan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang telah menukar senarai lantikan pengurusan AJK Baru masjid tersebut seperti yang telah dipersetujui melalui undian.

 Menurut sumber, kariah Masjid Al Husna telah pun mengadakan pemilihan AJK Baru pada 22 April 2012 melalui undian dan senarai mereka yang terpilih telah pun diajukan kepada MAIS pada pertengahan Mei 2012. Menurut sumber lagi, penduduk dan kariah bagaimanapun terkejut dengan senarai perlantikan baru yang dikeluarkan MAIS, berkuatkuasa mulai 1 Jun 2012, tidak mengikut senarai yang telah dipersetujui dan dipilih melalui sistem undi seperti mengikut kelaziman.

 KLPOS yang menghubungi salah seorang ahli kariah Masjid Al Husna berkata beliau dan penduduk setempat amat terkejut dengan senarai yang telah dikeluarkan dan mula mempertikaikan kewibawaan dan ketelusan MAIS. Menurut ahli kariah masjid ini, senarai baru yang dikeluarkan oleh MAIS bertarikh 14 Jun 2012 mendapati separuh (7 dari 14 senarai nama yang telah dipersetujui) dari AJK yang dilantik tidak mengikut pemilihan yang dilakukan secara adil pada 22 April 2012.

 Menurut beliau lagi, kariah Masjid Al Husna ini hairan bagaimana MAIS boleh memilih semula nama-nama yang telah tersingkir dan kalah sewaktu pemilihan diadakan dan mereka yang sepatutnya layak mentadbir dan terpilih pula tersingkir. Justeru beliau turut memberitahu MAIS tidak pernah memberikan sebarang penjelasan secara bertulis mahupun secara penerangan melalui senarai perlantikan yang telah dikeluarkan. Menurut sumber, pemilihan asal yang dilakukan pada 22 April 2012 didakwa telah ditolak oleh Exco Agama Kerajaan Negeri Selangor yang juga Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

 Berikutan itu, kariah yang dihuni hampir 2,000 orang telah menubuhkan Jawatankuasa Bertindak Anak Kariah Masjid bagi membantah secara rasmi berkenaan perlantikan AJK baru itu. Bantahan aman tersebut akan diadakan pada hari esok Jumaat, 22 Jun 2012 selepas solat Jumaat di perkarangan masjid berkenaan.
-Klpos
******************
Masjid ini pernah ada isu dimana kes khatib masjid ini telah menipu terjemahan Al-Quran dalam khutbah Jumaat seperti yang pernah dilaporkan di SINI.
Kemungkinan keputusan pemilihan AJK Masjid Al-Husna kali ini lebih kepada memihak kepada mereka yang pro UMNO/BN. Mungkin kan??


Jadi Khalid setelah menerima laporan akan menggunakan kuasa mutlaknya yang sekarang juga sebagai Exco Agama Selangor dengan sewenang-wenangnya melacurkan hasil pemilihan yang telah dimeterai.


Tidak mustahil Khalid cuba untuk menempatkan AJK pilihannya bagi mereka boleh terus menggunakan khutbah Jumaat dan kuliah-kuliah untuk menerapkan unsur-unsur menghasut dan memfitnah kerajaan di dalam Masjid.
Agak licik dan jijik cara permainan politik seorang Exco Agama ini untuk memastikan dia terus berkuasa!!

1 comment:

Unknown said...

Kononnya Pakatan pejuang demokrasi, kenapa tak hormat pilihan ahli kariah masjid?

NURUL IZZAH KONONNYA KECAM KEGANASAN POLITIK, TAPI MENGAPA SENYAP BILA ZUL NOORDIN DISERANG? Baca di sini..

http://apakecoh2.blogspot.com/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...