Ketua Pemuda UMNO Buat Repot Polis Terhadap MB Perlis! Apa Nak Jadi Ni? (With Video)



Aku dah pernah keluarkan entry budak Atif ni pada Julai tahun lepas di  SINI. 

Kali ni budak nangoi ni buat hal lagi!
Aku tak tau nak cakap apa lagi dah bila jadi isu yang memalukan ini.

Budak Atif ni memang dah lama berkonfrontasi dengan MB Perlis sekarang ini.
Yang aku tau, Atif ni budak suruhan bekas MB Perlis, DS Shahidan kassim.
Bagi aku, baik atau buruk DS Isa tu dia tetap MB Perlis yang sah dan diperkenankan sultan. 

Benda boleh setle elok-elok, kasi setel ajalah. Tak perlulah nak glemer buat polis report bagai!
Dari awal perlantikan MB sampai sekarang dah nak PRU balik tak selesai lagi perbalahan antara 2 kem ini.

Yang ni lah yang DS Najib duk pesan sampai berbuih mulut kat pemimpin dan ahli UMNO.

Hi, saya Atif yg Gila Glemer
Kalau budaya cah keting atau jatuh menjatuhkan satu sama lain sesama UMNO masih serius, jangan menyesal kalau banyak kerusi samada DUN, Parlimen, Negeri atau Pusat boleh terlepas terus kepada pihak lawan.


Masa tu, baru puas hati semua kan??

Celaka betui Atif ni, baru ketua pemuda cawangan duk tunjuk ranggi tak ketahuan hala!
Aku tak belah mana-mana pihak, tapi bila insiden yang beri bola tanggung pada musuh macam ni berlaku, aku hangin sangat-sangat!!

Orang lain main politik jugak, tapi tak bodoh macam hang Atif!!



Ketua Pemuda Umno cawangan Bandar Arau membuat laporan status Phd milik Mohd Isa.

KANGAR: Seorang ahli Pemuda Umno Arau membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Mohd Isa Sabu mengenai status ijazah doktor falsafah (Phd) beliau.

Syed Atif Syed Abu Bakar yang juga Ketua Pemuda Umno cawangan Bandar Arau membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar tengah hari tadi.

“Menteri Besar telah menggunakan gelaran itu dalam dokumen dan majlis rasmi kerajaan negeri dipercayai diperolehi dari sebuah institusi pengajian tinggi yang tidak mendapat tauliah atau akreditasi daripada agensi pemberi tauliah yang diamanahkan oleh kerajaan Malaysia mahupun kerajaan Amerika Syarikat.

“Saya membuat laporan ini supaya pihak polis dan kerajaan Malaysia menyiasat status Phd milik Mohd Isa atas dasar intergriti yang berkaitan dengan unsur-unsur jenayah penghinaan akademik yang serius dan menyalahi undang-undang negara,” katanya dalam laporan polis tersebut.

Atif berkata, rakyat Perlis bercakap mengenai status Phd milik Menteri Besar itu.

“Sebelum ini, kami mengadakan peraduan menawarkan hadiah RM10, 000 dalam Facebook untuk membolehkan orang ramai mengesahkan status Phd tersebut.

“Bagaimanapun, selepas peraduan itu dibuat lawan web rasmi kerajaan negeri telah mengeluarkan gelaran Phd tersebut,” katanya.

Ahli Umno Pauh, Abdul Halim Sani yang hadir sama di IPD Kangar hari ini mendakwa Mohd Isa menggunakan Phd dari Universiti New Port, Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, menuurt Syed Atif, universiti tersebut tidak wujud sama ada di Amerika Syarikat atau di tempat lain.- FMT





Siap video lagi tu!! Tapi ni orang lain lah.. 
DS Najib kena campur tangan segera untuk menyelesaikan kemelut politik UMNO yang tak berkesudahan.. Negeri saja kecil, tapi perkara macam ni pun tak boleh selesai-selesai!

DS Shahidan Kassim memang bagus berbanding DS Isa Sabu yang aku tau dari ramai sedara aku disana semasa dia jadi MB. 
Tapi buat DS Shahidan, kenalah berlapang dada dan menerima qada dan qadar yang mana semua itu kuasa Allah taala.

3 comments:

Anonymous said...

Yb najib, tolong singkirkan org spt Atif dari umno sebab org2 seperti inilah yg akan melemahkan umno. Tolong fokus pada perjuangan meningkatkan keyakinan rakyat. Kalaulah hanya berjuang untuk kuasa dan kepentingan diri, sila berjuang dlm Pkr. Umno mesti bekerja kuat, ikhlas untuk membantu anak bangsa. Tak kira apa jawatan anda, yg penting anda berjuang utk agama dan bangsa melayu

Anonymous said...

Biaq p laa dia dpt phd dr universiti mana pun, buksn pakai pun sbb nk jd mb tuuuu xdak dpm pun boleh asai org suka dan jd adun........

ati said...

Orang2 macamni dok pelingkop umno....tp org begini juga yg banyak dok dalam umno pulak.......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...