Tapi ia lahir dari hati yang amat rasa kecewa dan kesal yang amat sangat terhadap apa yang berlaku di kedah sekarang ini terutamanya di bandar utama seperti Alor Setar dan Sungai Petani.
Aku banyak tau selok belok bandar Alor Setar dimana aku pernah menuntut di sebuah IPTA nun di Sintok yang tak jauh dari Alor Setar selama lebih 4 tahun.
Itu kisah lebih 10 tahun dulu dimana pusat hiburan yang wujud amatlah terhad dan 'roh' negeri majority orang Islam amat dirasai di Kedah pada masa itu.
Tidak sensitifkah kerajaan negeri kedah terhadap isu ini memandangkan majority rakyat Kedah adalah beragama Islam?
Aku tak mau dengar alasan standard Ostad Zizan iaitu 'SAYA TAK TAU'! Sebagai seorang MB, beliau harus menerima laporan dari pegawai-pegawai kerajaan negeri yang seharusnya sensitif terhadap isu ini.
Di zaman BN memerintah, sebarang pembukaan pusat hiburan dikawal rapi dan permohonan pusat hiburan seumpama ini amat ketat sekali syaratnya untuk diluluskan.
Namun segalanya berubah bila Kedah di bawah pemerintahan PAS, pembukaan pusat hiburan ini menjadi semudah A,B,C! Ini tak terkira lagi lambakan pusat hiburan haram dan pertumbuhan rumah urut yang bak cendawan tumbuh selepas hujan!
Kalau
ikut banner di atas, sebuah disko baru akan dibuka hujung bulan ini di kawasan
Tesco Mergong Kedah. Hebat! Lebih menarik, DJ Lizz Candy yang SEKSI akan
diterbangkan khas daripada Perancis bagi merasmikan pembukaannya!
Kepada sesiapa yang tidak pasti siapa
DJ tersebut, di bawah diletakkan beberapa keping gambar untuk
rakyat Kedah khususnya mengenali dengan lebih dekat ikon yang akan
menghangatkan malam anda di Alor Setar!-Mymassa
Untuk lebih lanjut, boleh klik di sini.
Kalau seorang DJ popular boleh diterbangkan khas daripada Eropah untuk
merasmikan Kelab Malam/Disko yang meletup di Alor Setar,Kedah, MB Kedah yang tinggal sejengkal di Sri Mentaloon masih boleh lena dan tak ambik kisah langsung sebagaimana Kerajaan Kedah telah hampir menghancurkan Kulim Hi-Tech Park.
PAS menjahanamkan negeri Kedah!
Kedah makin 'advance' dan 'social' di bawah pemerintahan PAS!
Ini hakikat yang perlu semua akui!
2 comments:
Assalamualaikum,
Sekadar peringatan bagi yang terlupa."Wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."(Al-Maa'idah-Ayat 8)
Berhati-hati dalam 'posting' yang di paparkan kerana ianya kelak bakal dipersaksikan di padang mahsyar.
Tuhan maha adil.Dulu berpondong pondong kutuk BN.Nah sekarang apa dah jadi setakat jadi Barua Dapig semua di lacurkan.ambik kau hampas Pulau memulau, kafir mengkafir sesama Melayu Islam.Amat hajai hadi di Peradong.Mungkin mereka lupa atau buat lupa betul tak Tuan Imam 3.38
Post a Comment