Saifuddin Berhujah Petik Ayat Suci Al-Quran, Salahuddin Petik Tajuk Buku. Totok PAS Kecewa..


Dalam debat demonstrasi Jalanan semalam, Datuk Saifuddin Abdullah telah memetik beberapa ayat suci Al Quran untuk memperkukuhkan hujahnya, dan dilaporkan sehingga ternganga mulut orang-orang PAS dalam dewan Auditorium Karangkraf semalam.
Ramai yang menjangka Salahuddin yang hendak berhujah dengan ayat Quran tetapi sebaliknya, Salahuddin nampak lebih gemar memetik dari tajuk-tajuk buku daripada menjelaskan isi kandungannya.
Dalam beberapa keadaan, Salahuddin dilihat lebih gemar bercakap apa yang hendak Pakatan Rakyat buat jika mereka memerintah kerajaan pusat dengan retorika kosong, contohnya "kita akan suburkan demokrasi ketika itu, hapuskan akta yang zalim, sebab UMNO merupakan pembangkang..."
Beliau langsung tidak menjelaskan apakah proses menyuburkan demokrasi tersebut, apa akta yang zalim itu, hujah-hujah kosong begini kalau di tempat ceramah okay lah, ini di dewan untuk berdebat dengan live di TV, nampak sangat setakat mana tahapnya keilmuan pemimpin PAS itu menurut kata penyokong PAS yang kecewa..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...