Video & Gambar Tragis Yang Terbaru: Lagi Pembunuhan Kejam Tentera Rejim Syria


Lagi kanak-kanak dan wanita dibunuh oleh rejim Basyar di luar bandar Hama semalam, 6 Jun 2012. Menurut sumber, hampir 100 orang yang gugur syahid dalam pembunuhan terbaru yang dilakukan oleh tentera rejim di Hama.

Menurut sumber, mereka bersenjatakan pisau dan juga senapang yang membawa kepada penyembelihan dan pembunuhan yang sangat tragis. Sekurang-kurangnya hampir 12 jasad yang gugur syahid akibat dibakar oleh tentera rejim. Ya Allah, Engkau turunkanlah bala dan laknat-Mu kepada tentera rejim Basyar akibat pertumpahan darah umat Islam yang dilakukan oleh mereka.

 Aku kongsikan bersama perihal tragedi Penyembelihan Haulah, Hama

1) Tempat Tragedi Tragedi paling tragis sejak 15 bulan berlakunya kebangkitan rakyat di Syria ini berlaku di Kampung Taldou, Haulah. Kampung Taldou terletak kira-kira 2 km daripada Bandar Haulah yang terletak di wilayah Homs, yang merupakan di antara wilayah yang paling teruk dibom dan diserang oleh rejim Basyar.

 2) Mangsa Korban - Mengorbankan 114 orang awam.
- Seramai 55 orang kanak-kanak gugur syahid.
- Seramai 59 orang wanita yang gugur syahid. (Walaubagaimanapun, bilangan secara tepat mungkin bertambah daripada ini kerana masih ada yang belum dilaporkan dan ditemui).

 3) Kronolgi Ringkas : - Jumaat (25 Mei 2012), rakyat Syria di Kampung Taldou, Haulah keluar berkumpul menyatakan bantahan mereka terhadap kezaliman yang dilakukan oleh rejim.
 - Selepas solat Jumaat, masyarakat awam di Haulah keluar beramai-ramai sebagaimana juga di beberapa tempat di Syria seperti, Damsyiq, Aleppo dan kota-kota utama lainnya.
 - Kira-kira jam 1 petang selepas selesai solat Jumaat, sedang masyarakat awam berkumpul, mereka disuraikan secara kasar oleh tentera rejim dengan tembakan rambang kepada masyarakat dan kelihatan juga kereta kebal yang digunakan oleh tentera rejim.
 - Serangan bertubi-tubi tentera rejim kepada masyarakat awam yang tanpa senjata itu berterusan hampir 2 jam dan mengorbankan 3 nyawa ketika itu.
 - Masyarakat awam terpaksa bersurai kerana dibimbangi semakin ramai yang akan dibunuh oleh rejim yang semakin menggila.
 - Tidak cukup dengan serangan yang dilakukan, tentera rejim menghantar syabih (tali barut rejim yang berpakaian biasa) untuk menyerbu rumah-rumah di Kampung Taldou, Haulah. Mereka membunuh dan menyembelih setiap daripada masyarakat awam termasuk anak-anak kecil yang tidak berdosa.
 - Tragedi paling tragis itu berlaku bermula jam 4 petang (Jumaat, 25 Mei) sehingga jam 1 pagi (Sabtu, 26 Mei) tanpa henti yang mengorbankan 114 masyarakat awam (mungkin bertambah).

 4) Pihak yang bertanggungjawab
 - Pihak tentera rejim Syria.'
- Syabih (Tali barut Basyar).

 Nota : Teruskan berdoa agar Allah menghancurkan rejim Basyar dan sekutunya di atas segala kezaliman yang telah mereka lakukan kepada rakyat Sunni di Syria.

Rakyat Syria terpaksa menggunakan ais untuk menyimpan mayat kanak-kanak yang gugur syahid. Hal ini kerana, Basyar Asad telah memutuskan bekalan elektrik di kebanyakan tempat di Syria.

Dikesempatan ini juga, aku mengajak rakan-rakan yang berhampiran ke perhimpunan ini.


Himpunan Selamatkan Syria
 Pada : Jumaat (8 Jun 2012)
Masa : Solat Jumaat di Masjid Tabung Haji, KL dan akan berarak untuk berkumpul di hadapan kedutaan Syria.
Berpakaian : Hijau dan putih (warna bendera Revolusi Syria)


 Ayuh, seruan jihad untuk umat Islam di Malaysia yang prihatin terhadap permasalahan yang berlaku kepada saudara kita di Syria. Sekurang-kurangnya kita ada usaha untuk menyatakan solidariti kita kepada mereka Maklumat ini diambil daripada FB Ustaz Riduan Mohd Nor (Aktivis Syria Care: Pertubuhan Penyayang Islam Membantu Syria)


Syukurlah Kita dapat tinggal di bumi Malaysia yang aman damai ini dibawah pemerintahan yang terlalu baik dari pelbagai segi.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...