MAMPUKAH 3 PEMIMPIN TERAS UMNO BAHAGIAN NIBONG TEBAL MEMASTIKAN PERTAHAN MEREKA BENAR BENAR KUKUH MENGHADAPI SERANGAN PAKATAN YANG DIPIMPIN NUAR. KEHADIRAN NUAR DI NIBONG TEBAL SUDAH PASTILAH MEMBERI KESAN SAMPINGAN DI KE TIGA TIGA DUN YANG ADA.
Nama nibong tebal tiba tiba melonjak naik selepas anwar ibrahim secara tiba tiba mahu menawarkan dirinya bertanding dalam E 13 di parlimen nibong tebal. kekerapan kehadiran beliau di kawasan parlimen ini sedikit sebanyak memberi kesan langsung kepada ungkapan beliau sebelum ini.
che gu bad sendiri telah menyusun hampir 7 program sepanjang April hingga jun di kawasan nibong tebal. Kecuaian tan tee beng yang melakukan acara lompat parti sudah pastinya menghampakan nuar brahim sendiri. lalu setiap kali nuar datang ke nibong tebal, beliau akan kata beliau anak watan di sg bakap. arwah bapanya bekerja di hospital sg bakap.
persiapan jentera parti pkr nampak kukuh untuk menerima anwar. namun pada hakikat yang sebenarnya pkr cabang nibong tebal sedang bergolak. hubungan pkr dan pas hanya mesra di bibir mulut sahaja. pkr dan pas sedang berebut kawasan dun sg aceh. pas mahu menuntut semula kerusi dun sg aceh.lalu pada 24 jun yang lalu mat sabu telah turun ke sg aceh menggantikan hj hadi yang sepatutnya hadir ke sana. Dewan JKKK hanya dihadiri lebih kurang 300 ke 400 orang sahaja. 3 hari sebelum itu, mahfuz dan che gu bad bersama di sg aceh. yang hadir tak sampai 300 orang
DUN sg aceh merupakan dun yang menjadi kubu tradisi umno dan dun yang dari dulu ditandingi pas. pas mahukan kerusi ini semula kerana kata mereka sg bakap telah di ambil oleh pkr , jawi dap dan maka wajiblah sg aceh diserahkan semula kepada pas.
hubungan renggang terus berjalar. antara nama pimpinan pkr yang sedang kuat di sebut sebut akan bertanding di sg aceh ialah saudara rizal bekas siswa lulusan usm dan encik kamil pegawai khas yb makhtar. kedua dua mereka sedang mengharapkan agar kerusi dun sg aceh menjadi milik mereka.
Pergolakan dalaman PR Nibong Tebal mula wujud selepas DS Anwar Ibrahim merasmikan Ranting PKR Bandar Tasek Mutiara di hadapan Klinik Wawasan milik Dr Pripal Singh. Dr Pripal Singh disebut sebagai calon PKR Sg Bakap. Dr Pripal fasih di dalam Bahasa Mandarin dan Tamil.Keadaan ini menyebabkan kumpulan pro YB Makhtar terutamanya orang Melayu dan kumpulan aliran agama merasa tersinggung.
Kumpulan yang kontras dengan YB Makhtar mengharapkan Dr Pripal dinaikkan sebagai calon DUN Sg Bakap memandangkan beliau boleh menarik undi kaum India dan Cina. Beliau juga merupakan seorang muallaf. Pun begitu amalan Islamnya di rumah agak kurang.Bagi orang Melayu, mereka lebih menyukai YB Makhtar kerana sering menyampaikan kuliah harian secara giliran di setiap masjid dan surau.
Kumpulan yang kontras dengan YB Makhtar mahukan seorang calon yang lebih liberal dan dapat berjumpa dengan semua pihak. Permasalahan yang berlaku sekarang ialah, tak mungkin seorang Ketua Cabang di nafikan hak sebagai calon.
Perkara kedua pula ialah berlaku perselisihan pandangan antara PAS dan PKR dalam mendapatkan kerusi DUN Sg Acheh.PAS lebih berusaha dan menampilkan bendera mereka lebih banyak dari bendera PKR di Sg Acheh. Dalam muktamar pemuda PAS pada Mac yang lalu, mereka juga bercakap soal kerusi DUN Sg Acheh yang sepatutnya diserahkan semula kepada PAS.
Saudara Rizal merupakan proksi kepada TKM 1 YB Dato Mansor. perbalahan ini amat ketara apabila kedua duanya ingin menjadi juara dalam kes pemberian geran tanah di PPRT Sg. Chenaam.
Anak YB Anwar Ibrahim juga ( Nurul Nuha) juga sering disebut sebut oleh PKR Nibong Tebal sebagai pengganti Tan Tee Beng.Kehadiran dan pengumuman Anwar untuk bertanding di Nibong Tebal sewaktu ceramahnya di Sungai Acheh pada 31 Mac 2012 yang lalu telah menimbulkan spekulasi bahawa beliau benar benar akan bertanding di Nibong Tebal.Bagi kuam Cina dalam PR pula, mereka mahukan calon Cina dikekalkan untuk kerusi parlimen Nibong Tebal bagi mewakili PKR.
Antara nama yang sering di sebut mewakili PKR untuk kerusi parlimen Nibong Tebal ialah YB Lau Choo Kiang yang merupakan ADUN Tambun dan menjawat jawatan sebagai Exco Pembangunan Industri Asas Tani,Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Banjir.
Dr Pritipal Singh juga disebut sebagai calon PKR Sg Bakap. Dr Pritipal fasih di dalam Bahasa Mandarin dan Tamil.Berlaku perselisihan pandangan antara PAS dan PKR dalam mendapatkan kerusi DUN Sg Aceh.Kerusi DUN Sg Aceh juga menjadi rebutan antara Wan kamil pegawai khas ust makhtar dan Rizal Hamid AMK Pulau Pinang yang bertanding menentang YB Makhtar dalam pemilihan Cabang PKR Nibong Tebal yang lalu.
Anak YB Anwar Ibrahim juga ( Nurul Nuha) juga sering disebut sebut oleh PKR Nibong Tebal sebagai pengganti Tan Tee Beng.Kehadiran dan pengumuman Anwar untuk bertanding di Nibong Tebal sewaktu ceramahnya di Sungai Acheh pada 31 Mac 2012 yang lalu telah menimbulkan spekulasi bahawa beliau benar benar akan bertanding di Nibong Tebal.
KEDUDUKAN TERKINI PENGUNDI NIBONG TEBAL :
melayu 25 069
cina 21 235
india 9577
lain lain 106
jumlah 55 987
PKR yakin akan menerima lebih drp 78 % sokongan pengundi cina, 55% pengundi melayu dan 53% pengundi india. jika angka ini benar berdasarkan sumber dalaman pakatan nibong tebal sendiri, bermakna pengerusi perhubungan umno akan kalah di nibong tebal.
tetapi sekiranya bn berjaya mendapat 70% pengundi melayu , 27% pengundi cina dan 60 % pengundi india , maka bn akan menang dengan majoriti antara 2000 ke 3000 .
SIAPAKAH KAMIL BAKAL CALON SG ACEH DAN SIAPAKAH RIZAL HAMID?
BERBAJU HIJAU ITU IALAH KAMIL. JIKA YB MAKHTAR TELAH MERASA LETIH UNTUK MENJADI YB, MAKA BELIAU AKAN MELETAKKAN KAMIL DI DUN SG BAKAP DAN RIZAL DI SG ACEH.
TETAPI SEKIRANYA ANWAR MELETAKKAN DR PRIPAL DI SG BAKAP, MAKA RIZAL AKAN PI KE SG ACEH. MAKA KAMIL BOLEH HISAP IBU JARI SAHAJA.MENGAPA RIZAL MENJADI PILIHAN? APAKAH SITUASI SELANJUTNYA?
2 comments:
Rizal PKR dan Adun Sg Acheh selang 2 rumah je antara satu sama lain...
Org2 Sg Acheh and belah2 Transkrian bukan suka sgt si Rizal ni..
Apa apa pun. harap BN kekal di DUN Sg. Acheh.. dan Tok Non dapat menang kat Parlimen.. yang pasti satu undi dari aku setiap seorang...
Post a Comment