Kit Siang Haram Jadah! Fitnah UMNO Sogok Amy dan Jamal Rm10,000 Seorang!


Empat orang Melayu yang dihina oleh Lim Kit Siang (dari kiri)
Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, Jamal Abdillah, Amy Search dan
Ibnor Riza

Blog Penasihat DAP, Lim Kit Siang For Malaysia telah membuat  suatu posting yang menuduh Raja Pop, Jamal Abdillah, Raja Rock Amy Search dan penyanyi popular Ibnor Riza disogokan RM 10,000 seorang setiap kali membuat peristiharan menyokong UMNO.

Sebaliknya, kata blog Lim Kit Siang, artis-artis yang meyokong pembangkang secara terbuka seperti Hairie Othman, Aisah, Dayangku Intan dan Bob Lokman telah digam oleh RTM.

Tulisan mengenainya dalam bahasa Inggeris yang dipetik dari Malaysiakin ibertajuk Playing Along Macom Bhd berkata: Many performers who have openly supported the opposition like Hairrie Othman, Aisah, Dayangku Intan and Bob Lokman, have found that they no longer get exposure on RTM or goverment events.

In contrast it is alleged that artist like Jamal Abddillah, Amy Search and Ibnor Riza are rewarded with  RM10,000 each and every time they declare their support for UMNO.

CATATAN:

Posting tulisan ini oleh seorang pemimpin utama negara yang mendakwa dirinya tidak racis jelas membuktkan kerakusan politiknya sehingga dia tidak dapat lagi menghayati sensitiviti setiap kaum dan juga tidak menyedari pandangan rendahnya terhadap masyarakat Melayu tanpa mengambil kira status mereka.

Jamal Abdillah dan juga Amy Search diketahui sebagai insan seni yang membina keagungan diri dan penghormatan rakyat terhadap diri mereka dengan titik peluh mereka sendiri dengan merahmatkan bakat seni yang dikurniakan Allah kepada mereka.

Mereka tidak menjadi kaya kerana rasuah. Mereka tidak menggunakan lidah bercabang untuk  mencari populariti dengan mempertaruhkan darah dan nyawa manusia, malah Jamal Abdillah yang telah menghadapi cubaan hidup yang getir dan dahsyat, terus bertarung dengan cabaran hidup yang amat menyiksakan untuk memulihkan peribadinya dan bagi mencari rezeki yang halal. Setakat ini beliau telah berjaya dan kita berdoa semoga Allah terus memberikan petunjuk dan kekuatan kepadanya.

Tetapi apa yang dilakukan oleh  Lim Kit Siang, seorang pemimpin besar pembangkang  terhadap Jamal  adalah sangat kejam , bukannya memberikan kekuatan semangat kepada  Jamal yang menghadapi berbagai dugaan hidup untuk terus berjuang tetapi boleh melumpohkan semangat . Kit Siang demi kepentingan politiknya, sanggup berkonspirasi dengan orang lain membuat tuduhan liar, jahat dan  kotor terhadap Jamal, Amy dan Ibnor yang mempunyai berjuta peminat dan pemuja.Inikah contoh seorang pemimpin yang berpikemanusiaan?

Lim Kit Siang tidak sepatutnya menyamakan Jamal Abdillah dan Amy Search yang mencari keagungan menerusi kemurnian dan keindahan seni dengan dirinya, anaknya dan partinya yang penuh dengan kepalsuan, kekotoran, pembohongan dan sering menggunakan apa yang dikatakan oleh Tunku Aziz Tunku Ibrahim "Diabolical Ploy" untuk mendapatkan kuasa.

Bagaimanapun ini tidak menghairankan, sedangkan Tunku Abdul Aziz, bekas Penasihat kepada Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu Ehwal Etnik, yang keluar dari DAP sanggup dihina bagitu rupa oleh mereka, inikan pula artis-artis Melayu yang amat asing bagi mereka.

DAP jelas mahu menjadikan Tunku Aziz hanya sebagai " barua" politik mereka. Mereka menganggap Tunku Aziz sebagai setaraf dengan Pas dan Keadilan. Ini tidak akan mereka lakukan, jika mereka tidak memandang rendah kepada orang Melayu, tidak menganggap setiap Melayu boleh dibeli dengan wang ringgit.

Mereka telah memujuk Tunku Aziz supaya terus bermastautin di bawah DAP dengan menawarkan ganjaran jawatan beranugerah RM 50,000 setahun. Membaca berita ini sahaja pun sudah cukup kita dapat merasakan betapa rendahnya pandangan DAP terhadap seorang profesional Melayu yang bertaraf antrabangsa.

Dan lebih buruk lagi apa yang didedahkan oleh Tunku Aziz baru baru ini dalam NST, tentang beliau diminta oleh orang tengah DAP, supaya memujuk seorang  anak Sultan untuk menyertai DAP dan menjanjikannya  jawatan Menteri Besar.

Tidak mungkin sesiapapun akan mengatakan Tunku Aziz berbohong. Lim Kit Siang sendiri tidak percaya Tunku Aziz akan berbohong. Tunku Aziz  menulis"Imagine situation the father is the ruler and one of  his sons becomes his Menteri Besar.

"A shallow diabolical DAP ploy at its best", kata Tunku Aziz:.

Ini adalah menggambarkan betapa penilaian Lim Kit Siang kepada bangsa Melayu, pandangan hinanya   kepada orang Melayu Islam, perasaan racisnya melampaui sikap rasional dan keupayaannya untuk menghayati sensitiviti orang Melayu.

Inlah jenis manusia yang mempunyai silatulrahim dengan PAS. Inilah jenis parti yang lebih dipercayai oleh Pas dari UMNO dan jika DAP mempunyai pandangan yang sama terhadap Pas seperti mana pandangannya terhadap Tunku Abdul Aziz, Jamal Abdillah, Amy Search dan Ibnor Riza maka itu boleh dimaafkan, kerana itulah yang sewajarnya..

Tetapi Tunku Abdul Aziz, Jamal Abdullah, Amy Search dan Ibnor Riza manusia Islam dan Melayu yang  bukan racis dan bemaruah. -Sumber

Dan aku nak tambah sikit, kalau setakat RM10,000, artis macam Amy dan Jamal sekali buat satu show pun boleh dapat lebih dari itu. Aku tau rate depa. 
Lim Kit Siang buat tuduhan biar berlapik sikit, jangan kurang ajar sangat!!
Celaka punya Komunis!! Barua  macam ni yang PAS sanjung sangat??

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...