Info A.S: Gambar pertama di upload Internet.

Untuk rakan blogger, para pembaca serta pengguna internet yang lain, kita sering melihat pelbagai gambar yang di muat naik dalam dunia maya ini.
 Tapi taukah hangpa gambar pertama yang dimuat naik ni dalam sejarah? Nak bagitau mai, pejam celik pejam celik dah 20 tahun dah evolusi muat naik gambar dalam dunia internet ni. Kalau ikut tahun, semenjak tahun 1992 lagi. 


Nah, ni aku share dengan hangpa. 


Apa yang anda sedang lihat ialah gambar pertama yang dimuat naik ke internet. Tanggal 18 Julai ialah ulang tahun ke 20 gambar ini menjadi imej yang pertama yang boleh dilihat oleh pengguna internet. Ia gambar sebuah kumpulann nyanyian wanita yang diberi nama Les Horribles Cornettes. Kumpulan muzik ini terdiri dari pekerja dan aweks pekerja di makmal terkenal CERN (Organisation Européenne pour la Recherche Nucléaire). Internet dicipta oleh Sir Tim Berners-Lee di CERN. CERN juga menjadi lokasi terletaknya Large Hadron Collider yang baru-baru ini mengumumkan penemuan "Partikel Tuhan" Higgs's Boson.




Kembali ke cerita gambar pertama di Internet. Gambar kumpulan nyanyian wanita ini diambil oleh Silvano de Gennaro seorang pembangun IT di CERN yang juga merangkap pengurus kumpulan Les Horribles COrnettes. Gambar diambil menggunakan kamera Canon EOS 650 yang kemudian diedit menggunakan Photoshop untuk digunakan sebagai muka hadapan CD pertama kumpulan Cornettes.


Jadi mengapakah gambar ini dipilih menjadi gambar pertama dimuat naik ke Internet? Tak ada gambar lagi senonohkah? Jawapannya ialah Sir Tim Berners-Lee ialah salah seorang peminat kumpulan Les Horribles Cornettes. Gambar ini dipilih oleh Bapa Internet secara rawak oleh beliau and the rest is history!

Laporan asal dan sumber Motherboard

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...