Ketika pilihan raya umum ke-12, Anwar Ibrahim telah berkali kali jemput Yassin (bekas penyanyi kumpulan Brothers) untuk ke rumah terbuka di rumahnya. Dalam Kongres Angkatan Muda PKR di Stadium Melawati 2-3 tahun lepasi, Yassin dijemput untuk menyanyikan lagu yang memuji muji Anwar Ibrahim untuk menaikkan semangat orang-orang PKR.
Bapa Yassin ialah seorang Profesor iait Prof Madya Dr Sulaiman Osman adalah pensyarah TITAS di Pusat Pengajian Umum, UKM. Dr Sulaiman telah mengambil kesempatan untuk memuji Anwar Ibrahim dalam kelas dan mengkritik kerajaan secara terbuka.
Dan begini lah luahan dari Yassin yang tampak jelas kecewa dengan perkembangan terbaru dalam pakatan rakyat terutamanya PAS.
"Dalam kalangan orang seni, seolah-olah ramai yang mencari cahaya masing-masing. Cahaya yang dimaksudkan ialah sebuah metafora terhadap sifat tabah, ketenangan dan pengertian. Saya rasa setiap orang melalui perkara-perkara tersendiri dalam hidup dan faktor yang diperlukan untuk mendapat cahaya adalah masa."
senyumnya menjurus kepada pengertian sebuah hidayah.
"Tidak seronok jika mahu berdakwah dengan emosi dan saling saling menjatuhkan. Ada pula yang kutuk-mengutuk dan saling mengecilkan. Apa yang penting berdakwah dan berubah adalah untuk diri sendiri dulu kemudian keluarga dan rakan-rakan. Bila sudah ada ilmu, barulah pergi kepada masyarakat," ujarnya yang tidak menidakkan keputusan sesetengah selebriti berdakwah atas nama politik tetapi itu bukanlah platform kemestian jika mahu meluaskan dakwah.-Kosmo
1 comment:
kau ni xde keje lain ke...aibkan org//kot ya pun x suka x yah la letak pic mcm tu..bayangkan anak bini kita diperlkukan sebegini..nauzubillah
Post a Comment