BeerCity Bakal Ganti Autocity di Bawah Kerajaan DAP P.Pinang?

Replika Tong Arak Menjadi Mercutanda Utama Auto City Juru Sekarang Ini
AutoCity di kawasan Juru, Seberang Perai telah dibangunkan sekitar tahun 2000 yang lalu hasil kebijaksanaan pemerintah BN P.Pinang pada masa itu yang setuju dengan cadangan  pihak swasta untuk mewujudkan 'one stop centre' jualan dan servis kenderaan, pusat makanan serta perbankan.

Namun hari demi hari tambahan pula sejak dibawah pemerintahan kerajaan DAP, lambakan pusat hiburan terutamanya pub dan disko bercambah dengan begitu pesat lagi yang dilihat seolah-olah tiada sekatan dan kawalan. 
Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dilihat hanya menjadi pak turut dalam semua keputusan pembukaan pusat-pusat hiburan di Pulau Pinang . Mereka hanya tau meluluskan sahaja kerana ada pemohon pusat hiburan ini menggunakan 'orang atas' untuk menekan permohonan untuk diluluskan.
Lebih memilukan, ada anak melayu yang mengunjungi kawasan ini terutamanya di malam mingg untuk berhibur. Anak-anak melayu di kawasan A.S juga ada yang tak melepaskan peluang bersukaria di kawasan ini hasil dari maklumat yang diperolehi. Anak-anak melayu makin sosial dan rosak di bawah pemerintahan DAP di P.Pinang.  PAS? Jadi tikuih la..
Nantikan pendedahan seterusnya dari aku bilangan disko dan pub yang makin bercambah di Autocity ini. Arak dah jadi macam air sejuk di sini.


Auto-City merupakan pusat komersial yang cukup strategik terletak diantara laluan pengguna lebuhraya utara-selatan berhampiran tol dan hentian Juru.Sememangnya Auto-City menjadi pilihan ramai anak muda untuk singgah lebih-lebih lagi di waktu malam.

Disini juga terletaknya pelbagai kemudahan termasuklah bank,restoran,hotel,pusat servis kereta, kilang termasuklah pusat hiburan dan lain-lainnya.

Suasana malam di Auto-City mampu membuatkan sesiapa saja yang baru menjejakkan kaki ke sini akan berasa sedikit teruja dengan keindahan lampu-lampu neonnya yang berbagai warna.Malah boleh dikatakan ianya turut menjadi pilihan anak muda untuk melepak sambil makan dan berbual.

Namun sesuatu yang mungkin tak ramai dikalangan kita sedar adalah Auto-City hari ini merupakan sebuah pusat komersial yang sudah hilang identiti asalnya.

MMI bukan nak buka cerita sejarah tetapi dalam keadaan tanpa sedar Auto-City kini sudah mendapat nama baru dengan terbinanya apa yang MMI labelkan sebagai tugu Auto-City yang cukup jelas seolah-olah melambangkan Auto-City ini syurga arak.



MPSP oii! Hangpa buta ka apa ni! Nak ikut cakap Guan Eng jahanam tu sekalipun, agak-agak la..
Baca seterusnya luahan rakan A.S, Sdr MMI dari Tasek Gelugor yang kecewa dengan perkembangan ini di SINI
Rakan-rakan blogger harap dapat linkkanlah blog beliau ye!


2 comments:

Anonymous said...

Memang MPSP sial,kawan aku nak berniaga di Perda Uptown di halang dengan anggota penguatkuasa berkeliaran untuk mengangkat barang2 perniagaan.MPSP hampeh

Anonymous said...

Isu san miguel kao tak kisah pulak.. anak ketua pemimpin agung kau sendiri! kahkahkah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...