Pic Hiasan |
Pensyarah Mikrobiologi Makanan, Fakulti Sains Gunaan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Khalilah Abdul Khalil berkata, sepanjang proses menghasilkan air tebu boleh menyebabkan berlakunya pencemaran jika pengusahanya tidak mementingkan soal kebersihan.
“Apabila kulit tebu dibuang, ia akan dibasuh atau direndam dalam bekas air yang tidak dimasak digunakan berulang kali. “Mesin tebu dan bekas untuk mengumpulkan air tebu juga tidak dibersihkan dengan sempurna menyebabkan bakteria boleh membiak,” katanya yang ditemui semalam. Beliau berkata, hampas tebu diletakkan berdekatan boleh menarik lalat menyebabkan kehadiran bakteria yang boleh menyebabkan risiko keracunan makanan lebih tinggi.
Sehubungan itu, beliau mencadangkan, langkah di India yang juga melakukan cara pemprosesan tebu hampir sama dengan negara ini wajar diikuti. “Di India dan beberapa negara lain yang juga menggemari air tebu, sedikit perahan limau dimasukkan selepas air itu diperah. “Ia bukan saja menambah keenakan air tebu, malah asid limau mengurangkan jumlah bakteria di dalam air berkenaan,” katanya.
Dr Khalilah berkata, pengguna juga boleh memanaskan air tebu dibeli kira-kira lima minit sebelum dihidang bagi membunuh bakteria. “Ia tidak perlu sampai mendidih kerana boleh menghilangkan vitamin C di dalam minuman itu, cukup sekadar panas sedikit bagi mengurangkan bakteria,” katanya. Menurutnya, air tebu yang mengandungi vitamin C dan gula kompleks sebenarnya baik untuk kesihatan dan mereka yang menghidap diabetes juga boleh menikmatinya.-HMetro
1 comment:
Air tebu amat popular di Dubai UAE. Minuman asli ini bila disejukkan amat digemari dihotel2 disana dan dijual purata US4 segelas.Sebanyak 50,000 batang tebu diperlukan untuk dieksport kesana tahun depan dan permintaan semakin meningkat setiap tahun. Kerajaan menggalakkan penanam tebu menanam untuk pasaran padang pasir itu. Berhubung dengan MARDI untuk mendapatkan panduan dan klon manis dan banyak air.
Post a Comment