Pengumuman kesediaan Kerajaan Pusat membina sebuah taman perumahan baru memberi sinar baru kepada kehidupan mereka.
Lebih manis, kerjasama Kerajaan Negeri yang sudi memperuntukkan sebidang tanah untuk didirikan rumah pangsa menempatkan penghuni terbabit hadiah tidak ternilai buat penduduk semua.
Namun, semalam penduduk terbabit keliru kerana terasa dipermainkan apabila Ketua Menteri, Lim Guan Eng menegaskan tanah seluas hampir 1.5 hektar berdekatan jalan utama melalui Jalan Mak Mandin 5 di sini, itu bukan diberi percuma sebaliknya perlu dibeli terlebih dahulu oleh Kerajaan Pusat.
Kenyataannya, sebelum ini Kerajaan Negeri bersetuju menyerahkan tanah itu secara percuma kepada Kerajaan Pusat yang akan menanggung semua kos pembinaan 300 unit rumah pangsa terbabit.
Pendedahan tu diumumkan Penyelaras Parlimen Bagan, David Chua Teik Siang dalam sidang media di Pejabat MCA Bahagian Bagan di sini kelmarin.
“Guan Eng dilaporkan berkata demikian melalui kenyataannya yang disiarkan dalam lidah rasmi akhbar milik Kerajaan Negeri, yang menegaskan bahawa tanah itu perlu dibeli Kerajaan Pusat terlebih dahulu sebelum dapat dibangunkan,” katanya.
Sebelum ini, penduduk diarah berpindah selepas tanah yang dijadikan penempatan lebih 300 keluarga di situ diambil oleh Kerajaan Negeri untuk dibangunkan sebagai kawasan komersial.
Sebagai alternatif, Kerajaan Negeri menawarkan beberapa blok rumah pangsa di Ampang Jajar kepada penduduk berserta dengan sedikit bayaran sagu hati sebagai bayaran perpindahan.
Namun, hanya 230 keluarga sahaja yang bersetuju berpindah manakala bakinya 70 keluarga lagi enggan berbuat demikian kerana berasakan penempatan baru itu jauh dari segala kemudahan asas dan menyusahkan kehidupan seharian mereka.
Selepas pelbagai usaha dilakukan oleh David Chua bersama persatuan penduduk termasuk meminta campur tangan pelbagai pihak, Kerajaan Negeri bersetuju memberi tapak kosong itu yang terletak lebih kurang 100 meter dari lokasi sekarang sebagai tapak baru.
“Kita mengakui pada dasarnya menyetujui tapak yang diberikan Kerajaan Negeri dan sedang dalam proses perbincangan dengan pihak berkuasa tempatan untuk memastikan perlaksanaannya.
“Namun kenyataan Guan Eng itu meragukan yang dibimbangi pula akan menggagalkan perancangan yang diatur dalam usaha menjaga kebajikan penduduk terbabit,” katanya.
Sehubungan itu, beliau mewakili penduduk meminta Guan Eng menyatakan dengan jelas status sebenar tanah itu.“300 penduduk memerlukan rumah ini dan kita tidak mahu lagi mereka hidup dalam keadaan tidak selesa seperti beberapa tahun lalu,” katanya.
*************
A.S kata si Guan Eng ni memang celaka musibat la.
Kepentingan dan kebajikan rakyat pun nak diniagakan.
Dulu cakap kerajaan negeri nak bagi tanah untuk dimajukan perumahan kepada penduduk secara percuma, sekarang nak jual pula!
Apa cerita ni Guan Eng?
2 comments:
guan eng kimak tapi yang menyokong kuat dia tu dua kali kimak tapi kalau yang melayu melayu yang sokong dia kira sepuloh kali kimak lah
engko lagi kimak.... i like bontot rosmah
Post a Comment