Begitulah persepsi majority rakyat Malaysia yang kagum dan bangga dengan jasa dan ketrampilan Tun Mahathir.
Dari perspektif Esma, Tun M seorang pemimpin yang sangat dikaguminya sehingga meletakkan nama anak beliau dengan nama Mahathir.
Aura Tun M hebat sehingga sekarang!
PELAKON berkaliber, Esma Daniel dikurniakan seorang
lagi cahaya mata apabila isterinya Nitra Sari Omar selamat melahirkan
bayi lelaki seberat 3.3 kilogram di Pusat Perubatan Universiti Malaya
(PPUM), jam 2.30 pagi tadi dan dinamakan sebagai Mahathir Daniel.
Menurut Esma, 43, pemilihan nama Mahathir untuk anak ketujuhnya
dianggap unik dan ia merupakan ‘tribute’ kepada bekas Perdana Menteri,
Tun Dr Mahathir Mohamad yang begitu disanjunginya.
Secara kebetulan, Esma turut terlibat dengan pementasan teater
‘tribute’ Tun Dr Siti Hasmah yang akan dipentaskan di Istana Budaya
mulai 9 November ini dan sekali lagi dia diberi peranan melakonkan watak
Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Alhamdulilah pagi tadi, isteri saya selamat melahirkan anak lelaki dan
saya namakan Mahathir Daniel kerana saya amat mengagumi Tun Mahathir
lantas mengabadikan nama itu untuk dia (anaknya),” katanya.
Hasil perkahwinan Esma dengan Nitra Sari, 33, pasangan itu dikurniakan
lima orang cahaya mata bernama Hadif Daniel, Damia Sari, Dalea Sari,
Maya Sari dan Mahathir Daniel. Apa yang uniknya Mahathir dilahirkan
sama tarikh dengan abangnya, Hadif Daniel.
Esma turut mempunyai dua anak hasil perkahwinan terdahulu dengan dramatis Sheris Merlis iaitu Harith Daniel dan Habib Daniel.
Sementera itu, ketika diminta mengulas mengenai wataknya sebagai Dr
Mahathir yang akan digalasnya November depan, Esma menjelaskan, “saya
banyak buat ‘homework’ berdasarkan pembacaan saya menerusi buku
autobiografi Tun Mahathir ‘Doctor in The House’ dan secara tidak
langsung saya dapat mengenali Tun daripada situ kerana melalui penulisan
Tun saya dapat rasa kejujurannya."
“Saya berharap dapat buat lebih baik lagi kerana ini merupakan kali
kedua saya menjayakan watak Tun Mahathir. Sebelum ini, saya ‘menjadi’
beliau ketika teater Tun Mahathir tahun lalu yang diarah oleh Rosminah
Tahir," katanya.
“Tapi bezanya kali ini saya perlu interpretasikan watak itu dari
perspektif dan kaca mata seorang suami kepada seorang isteri,” katanya.
No comments:
Post a Comment