(9 Gambar) Sepagi Dato @dzainalabidin bersama masyarakat di Tasek,Nibong Tebal

Bersama Masyarakat Kampung Sepulau di majlis kesyukuran masuk rumah baru


Menziarahi anak kecil yang oku

Menziarahi ibu bersalin bersama wanita UMNO Cawangan Kg tersebut

Menziarahi kanak-kanak 9 tahun yang cacat sejak dilahirkan di Kg Balik Bukit

Menziarahi nenek tua yang uzur di Taman layang-Layang

Menziarahi rakyat yang mengalami masalah pengelihatan

Menziarahi pesakit buah pinggang yang menjalani rawatan hymaedalysis

Menziarahi kanak-kanak 11 tahun yang cacat sejak dilahirkan di  Taman Tasek Maju

Menziarahi warga emas yang diserang strok sebelah badan
Amalan menziarahi orang ramai yang memerlukan perhatian sudah menjadi rutin bagi Ketua Bahagian Umno Nibong Tebal ini. Tidak kira masa atau ketika. Amalan dan keprihatinan ini berterusan semasa menjadi Ahli parlimen pada tahun 2004-2008 dan walaupun selepas tewas dalam PRU12 yang lalu

Pada pagi Ahad baru-baru ini, aku berkesempatan untuk bersama Dato Zainal Abidin Osman menziarahi masyarakat di sekitar kawasan Kg Tasek, Kg Sepulau dan Taman Layang-Layang yang terletak dalam DUN Sungai Bakap, Parlimen Nibong Tebal.

Dato Zainal yang lebih mesra dipanggil Tok Non telah meluangkan masa turun ke akar umbi bagi merasai denyut nadi rakyat yang menghadapi pelbagai cubaan dalam hidup mereka. Kehadiran Tok Non yang menziarahi pesakit kronik, kanak-kanak oku dan ibu bersalin memberi impak yang sangat mendalam terhadap individu yang diziarahi itu. Masing-masing berasa sungguh terharu dengan kesudian Tok Non menziarahi kediaman mereka.

Inilah pemimpin yang kita mahukan. Sedia bersama rakyat tak kira dikala susah dan dikala senang. Semoga warga Nibong Tebal sedar bahwa Ton Non adalah anak Nibong Tebal yang sentiasa akan bersama orang Nibong Tebal dan bukannya hanya muncul bila Pru menjelang.

Mp yang dipilih di Nibong Tebal bila Dah menang keluar parti menjadi Bebas , bayang pun dah tak nampak, yang sebelum ini muka pun tak pernah nampak kelibard, baru sekarang nak buat kalut nak tunjuk prihatin pada rakyat. Fikir-fikirkanlah orang Nibong Tebal. Jangan tersalah pilih kali ini.

Published with Blogger-droid v2.0.8

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...