Ahli Politik Mana Yang Menceraikan Isterinya 4 Hari Selepas Kahwin Kerna Tiada Dara.

Fani Oktora, 18, di ceraikan oleh suaminya selepas empat hari mereka berkahwin kerana dikatakan sudah tiada dara ketika kali pertama mereka mengadakan hubungan kelamin. Suaminya merupakan seorang ahli politik Indonesia.



Menurut Ketua Daerah Garut di barat Jawa, Aceng Fikri berkata,
“Saya rasa dia sudah tiada dara kerana tidak berdarah ketika kami mengadakan hubungan kelamin buat kali pertama.”
Tambah beliau lagi, dia cerai isteri keduanya itu kerana mahu berkahwin dengan wanita yang cantik di luar dan dalam.

Cerai Isteri Kerana Tiada Dara

Aceng Fikri merupakan ahli politik yang berusia 40 tahun itu berkata, dia bersama isteri keduanya Fani Oktora sekali saja selepas membelanjakan Rp250 juta (RM79,550) untuk majlis perkahwinan mereka pada 14 Julai lalu.

“Tidur dengan artis pun tidak semahal itu dan selepas saya ‘membelinya’ saya dapati dia tidaklah seperti yang ‘diiklankan’ jadi saya pulangkan dia,” kata Aceng lagi.

Bagaimanapun, khabarnya perbuatan Aceng itu telah menyebabkan kemarahan orang ramai yang kebanyakannya pelajar dan aktivis hak wanita dan mereka berhimpun di hadapan Pejabat Majlis Perundangan Garut (DPRD) dan menuntut supaya dia meletak jawatan.

Presiden Susilo Bambang Yudhoyono juga turut menyatakan rasa bimbang terhadap perbuatan Aceng sementara Menteri Dalam Negara, Gamawan Fauzi mengarahkan rakan sekerjanya, Gabenor Jawa Barat, Ahmad Heryawan untuk menegur Ketua Daerah itu.

Yang Ni Pula, sapa boleh jawab???

1 comment:

Anonymous said...

apa kaitan dgn anwar? aku tak percaya itu bukan anwar! .....mmg confirm daaa

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...