Hadi Awang Nak Masuk UMNO Ke?

Isyyy.. Pelik pulak aku tengok Presiden PAS sorang ni..

Macam buang tebiat pulak nampaknya
Selalunya Hadi Awang ni 24 jam asyik hentam UMNO/BN semuanya tak kena, zalim dan macam-macam lagi fitnah dan keburukan yang dijajanya.

Mungkin Allah dah buka mata hati beliau sedikit demi sedikit untuk melihat pelbagai kebaikan dan jasa yang telah kerajaan UMNOBN lakukan terhadap rakyat berbanding dengan Pakatan Rosak yang kerjanya 24 jam mengadu domba berceramah menghasut rakyat membenci kerajaan sedangkan khidmat bakti tidak seberapa pun..


*******************

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memuji usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memberi subsidi diesel kepada golongan nelayan yang memberi banyak faedah kepada golongan itu.

"Subsidi diesel ini sangat bagus...memang bagus...kita puji kerajaan beri subsidi diesel ini kerana menyelesaikan banyak masalah...," kata anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Rhu Rendang itu dalam sesi perbahasan pada persidangan Dewan Undangan Negeri pada Rabu.

Namun beliau berharap pemberian subsidi itu dipantau bagi memastikan tidak berlaku ketirisan kerana beliau mendakwa "ada juga masalahnya antaranya dimonopoli oleh armada besar yang menggunakan pekerja asing sehingga menakutkan nelayan kecil pergi mengambil minyak".

Abdul Hadi juga memuji usaha membina kilang ais untuk kegunaan nelayan.

Dalam pada itu, beliau meminta kerajaan negeri Terengganu supaya membuka peluang kepada pelabur membina kilang baja dan makanan ternakan supaya petani dan penternak mudah mendapatkan kemudahan tersebut pada harga lebih rendah.-Bernama

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...